Solekan Couture Mata Baharu

Rona biru dan solekan musim ini berpisah tiada. Cerah dan esentrik mahupun bereksperimenlah dengan kesan samar dan smokey. Pilihlah antara pembayang mata berona biru langit muda ataupun penggaris mata kohl kajal berwarna biru pastel. Selain rona biru, lengkapkan gaya solekan mata anda dengan rona pasir neutral, putih sejuk, kelabu dan hitam. Sesuai untuk merancakkan gaya solekan yang mengetengahkan kuasa pencahayaan, pembayangan dan reka bentuk geometri.

Solekan mata ekspresif kini lebih mudah dengan produk wajib dimiliki seperti 3D Lash Multimizer Effect Mascara Waterproof yang dilengkapi 'Berus Volum 3D' dan Eye'matic Eyepowder Pen. Dapatkan bulu mata yang lebih lebat, panjang melentik dan tahan lama hari ini!