TUTORIAL: UBAH SUAI

Dengan Prime and Fine Make Up Transformer Drops yang baru, bedak asas boleh diperibadikan dengan pantas dan mudah untuk memenuhi keperluan bagi mana-mana tona kulit individu

Finding it hard to find the perfect shade of make-up? With the new Prime And Fine Make Up Transformer Drops, any foundation can be individualised to suit the personal skin tone:  

The Transformer Drops Lightening lighten the texture of any liquid foundation while the Transformer Drops Darkening make it darker. 

The Transformer Drops can also be used for highlighting and contouring: for especially natural results, mix to create a shade that matches the skin tone. 

The following steps show how make-up can easily and quickly be aligned with personal colour requirements: 

 

Terasa sukar untuk mencari warna mekap yang sempurna? Dengan Prime and Fine Make Up Transformer Drops yang baru, sebarang bedak asas boleh dipersonalisasikan untuk sesuai dengan tona kulit peribadi:

Transformer Drops Lightening mencerahkan tekstur sebarang bedak asas cecair sementara Transformer Drops Darkening menjadikan tona lebih gelap.

Transformer Drops juga boleh digunakan untuk menyerlah dan mengkontur: terutamanya untuk hasil natural, campurkan untuk mencipta warna yang sepadan dengan tona kulit.

Langkah-langkah berikut menunjukkan bagaimana mekap boleh dipadankan dengan keperluan warna peribadi dengan mudah dan pantas:

Step 1

Uji warna bedak asas

Untuk menyamakan bedak asas dengan tona kulit secara optimum, anda disarankan untuk menguji warna bedak asas itu terlebih dahulu: calitkan sedikit bedak asas pada tulang rahang dan leher - kawasan ini sesuai untuk memeriksa sama ada warna bedak asas itu sepadan untuk tona kulit.

Sebagai bedak asas, cuba 24h Made to Stay Make Up. Ia kalis air, mempunyai tekstur licin yang memberi wajah matt dan sempurna, serta terasa amat menyenangkan pada kulit.

Step 2

Mengubah suai warna mekap

Jika mekap terlalu gelap, gunakan Prime and Fine Transformer Drops Lightening untuk mencerahkannya: sapukan mekap pada tangan dan tambahkan Transformer Drops sedikit demi sedikit, dan campurkan dengan baik. Seterusnya, pakai warna campuran itu pada wajah dan ratakan menggunakan Multitalent Brush.

Jika mekap terlalu cerah, hanya gunakan Prime and Fine Transformer Drops Darkening untuk menjadikannya lebih gelap. Sekali lagi, tambahkannya ke mekap sedikit demi sedikit dan campurkan di atas tangan. Kemudian pakaikan pada muka menggunakan Multitalent Brush.

Step 3

Mencipta penyerlahan

Transformer Drops amat versatil dan boleh turut digunakan untuk menyerlah dan mengkontur - sesuaikan penyerlahan mengikut selera untuk wajah natural.

Mula-mula, tetapkan penyerlahan: picitkan Prime and Fine Transformer Drops Lightening pada tangan setitik demi setitik, kemudian ambil tekstur itu menggunakan Make Up Blending Sponge untuk mengenakan dan meratakannya pada tulang pipi.

Step 4

Mengkontur

Untuk menyempurnakan solekan, gunakan Prime and Fine Transformer Drops Darkening untuk mengkontur: picit beberapa titik pada tangan dan kemudian ambil tekstur itu menggunakan Make Up Blending Sponge. Menggunakan span ini, pakai dan ratakan titisan ini di bawah tulang pipi, sambil meleret ke atas ke arah sisi muka.