PREVIU

ICONails Gel Lacquer - IKON baru CATRICE kosmetik

Bertahan lama sehingga 7 hari - tanpa top coat!

Pengilat kuku berformula innovatif ini memastikan litupan menyerlah dengan kilauan gel untuk ketahanan maksimum pada riasan kuku anda. Dengan rumusan teknologi GLOSS SEAL'R™, ia memberikan kemasan ultra berkilat. Koleksi ICONails Gel Lacquers ini diperkayakan dengan minyak açai yang memberi penjagaan semulajadi kepada kuku serta memastikan warna yang intensif - Warna & Penjagaan yang terbaik!

Didatangkan dengan rekaan eksklusif yang praktikal, penutup botol bulat dan nipis berserta berus professional memudahkan aplikasi pada kuku. Aplikasi warna menjadi lebih mudah dengan sapuan yang sekata tanpa goresan.