TREND KECANTIKAN: ASIANICATION

Asianication

Rahsia Kecantikan Asia: “Asianication” (beerti adaptasi trend Asia) sedang menguasai dunia kecantikan barat.

Asia dan khususnya Korea telah menjadi pusat hangat berkenaan inovasi kecantikan buat masa yang panjang. Masker muka, rutin penjagaan 10 langkah, dan trend lain telah berjaya menembusi sempadan ke luar negara ini.

Trend seperti produk kusyen Korea dengan kusyen span, menyerap tekstur cecair dan diperah semula dengan mudah, sedang hangat diikuti dalam dunia kecantikan barat.

Daripada produk inspirasi teknologi kepada gabungan bahan-bahan penjagaan dengan penyebaran warna intensif – terokai trend kecantikan Asia terkini bersama CATRICE:

LIP CUSHION

Subheadline

Litupi bibir anda: Lip Cushion krim dengan kemasan berkilat ini terasa amat lembut pada bibir – minyak avokado dan aplikator span besar yang sangat lembut menjadikan bibir terasa dimanjakan dan dibelai.

LIP DRESSER SHINE STYLO

Subheadline

Dos tepat hanya dengan satu klik: Formula krim ringan Lip Dresser Shine Stylo melitupi bibir dengan kemasan berkilau yang mendalam dalam pelbagai rona.

Meluncur pada bibir dengan lembut, Stylo menawarkan litupan sederhana yang mampu melengkapkan sebarang gaya. Pena dengan mekanisme klik profesional dan tulisan elegan dalam warna rosé ini semestinya harus dimiliki!

LIQUID GEL CUSHION EYELINER

Subheadline

Seringan Bulu. Liquid Gel Cushion Eye Liner merevolusikan pemakaian penggaris mata: kusyen di dalam tab ini direndam dalam tekstur cecair yang ringan dan berpigmen tinggi. Paling baik untuk memakai formula tahan lama ini menggunakan berus penggaris mata yang rata, serong atau runcing.

SLIM’ATIC ULTRA PRECISE BROW PENCIL

Subheadline

Kening Ayu. Lakaran kening yang tepat dan halus kini mudah dibentuk dengan Slim’Matic Ultra Precise Brow Pencil Waterproof. Formula kalis airnya memastikan garisan kening kekal kemas sepanjang hari. Aplikator yang berdiameter 1.5mm menyempurnakan riasan kening yang lebih cantik dan kemas.