Terma Penggunaan

Laman web CATRICE ialah kehadiran dalam talian cosnova GmbH (selepas ini dirujuk sebagai "cosnova") yang menyediakan maklumat dan data serta maklumat dari laman-laman web lain malalui hyperlink (pautan internet). Maklumat dan data ini dimaksudkan hanya untuk tujuan menyediakan maklumat dan ia tidak boleh dianggap sebagai terkini, tepat mahupun lengkap.

§ 1 Skop

cosnova hanya bertanggungjawab untuk kandungan yang telah dicipta, diterbit dan diedarkan oleh mereka. Terma Penggunaan ini terpakai kepada kandungan laman web www.catrice.de, www.catrice.eu dan juga mana-mana subdomain kepunyaan domain-domain ini dan/atau laman web CATRICE, kehadiran internet cosnova atau tawaran dalam talian oleh CATRICE.

§ 2 Liabiliti

cosnova hendaklah bertanggungjawab hanya untuk pelanggaran kewajipan secara sengaja atau kecuaian teruk; tanpa mengambil kira tahap kebersalahan jika berlakunya kecederaan terhadap nyawa, anggota badan atau kesihatan. Sekiranya berlaku kelakuan yang disengajakan atau disebabkan kecuaian teruk termasuk juga pelanggaran yang sedikit cuai terhadap kewajipan utama kontrak bagi mencapai tujuan kontrak tersebut, cosnova hanya akan bertanggungjawab menurut undang-undang terpakai untuk ganti rugi yang boleh diramal berkenaan jenis dan skop tugas tersebut. Selain itu, apa-apa tuntutan untuk pembayaran pampasan kerosakan langsung atau tidak langsung dikecualikan tanpa mengambil kira alasan undang-undang termasuk apa-apa tuntutan bagi pembayaran ganti yang disebabkan oleh pelanggaran kewajipan pra kontrak dan dari tindakan yang melanggar undang-undang.

cosnova tidak bertanggungjawab untuk sebarang gangguan dalam kualiti kebolehcapaian yang disebabkan oleh peristiwa force majeure atau peristiwa-peristiwa di luar kawalan cosnova, terutamanya kerosakan rangkaian dan gerbang komunikasi. cosnova tidak menjamin fungsi laman web yang tepat dan tidak terganggu mahupun bahawa ralat-ralat yang wujud akan diperbaiki. cosnova tidak menjamin ketepatan kandungan laman.

§ 3 Hak Cipta

Kandungan laman web CATRICE dilindungi undang-undang hak cipta. Penggunaan kandungan ini tertakluk kepada undang-undang hak cipta yang berkenaan. Laman web ini tidak boleh diubah, disalin, diterbitkan semula, dihantar, diedarkan, atau disimpan tanpa kelulusan consnova. Bahan tersebut boleh digunakan hanya bagi tujuan persendirian, bukan komersial dan di bawah pemerhatian ketat peruntukan-peruntukan hak cipta.

Lesen ringkas, bukan eksklusif dan tidak boleh dipindah milik akan diberikan untuk meliputi muat turun tunggal serta penyimpanan perisian, indeks, data dan isi kandungannya yang diperuntukkan oleh cosnova secara khas untuk muat turun. Semua hak-hak lain kekal milik cosnova. Terutamanya jualan dan apa-apa jenis kegunaan komersial adalah dilarang sama sekali.

§ 4 Perlindungan Data

cosnova komited sepenuhnya terhadap pematuhan peraturan undang-undang perlindungan privasi dan undang-undang kerahsiaan telekomunikasi. Dalam konteks ini, sila rujuk dan baca dengan teliti kenyataan perlindungan data cosnova.

§ 5 Penyelesaian Pertikaian

Ikuti pautan ini ke laman web entiti Persekutuan Eropah untuk penyelesaian pertikaian dalam talian bagi pertikaian konsumer: http://ec.europa.eu/consumers/odr/. Kami tidak melibatkan diri dalam prosedur penyelesaian pertikaian.

§ 6 Peruntukan Akhir

Terma Penggunaan ini dan semua hubungan undang-undang antara pengguna dan laman web CATRICE dan cosnova hendaklah tertakluk kepada undang-undang negara Jerman. Jika satu atau lebih peruntukan Terma Penggunaan menjadi tidak sah, kesahan semua peruntukan lain tidak akan terjejas oleh ini.