Mengenai CATRICE

Berilhamkan aliran terkini dari pusat fesyen tumpuan dunia

CATRICE tidak pernah ketinggalan walau satu pun trend ataupun perincian. Ternyata kepelbagaian fungsi rangkaian produknya cukup menyakinkan, menawarkan variasi pilihan warna menakjubkan selain rona klasik untuk gaya berlainan setiap hari. Dirumus daripada bahan berkualiti tinggi, bertekstur mewah dengan formulasi berinovatif. Hadir dengan pembungkusan premium, CATRICE sememangnya produk pilihan untuk memenuhi cita rasa semua gadis. Harganya yang mampu milik menjanjikan seribu satu kepuasan buat si peminatnya. Menariknya, CATRICE memperbaharui 25% daripada rangkaian produknya sebanyak dua kali setahun. Jadi, CATRICE sentiasa menawarkan koleksi produk terkini untuk anda. Paling penting, Jabatan Trend kami mampu menghasilkan sehingga 14 koleksi alat solek edisi terhad setiap tahun. Malah, penampilan fesyen terkini menjadi sumber inspirasi dalam semua koleksi alat solek dan diterjemahkan semula menerusi produk kecantikan CATRICE.

Sesungguhnya CATRICE adalah lambang kehidupan yang ceria, penuh inspirasi dan versatil.