Produk Baru

Produk Baru

CATRICE melambangkan gabungan produk kecantikan berkualiti tinggi dan trend fesyen musim terbaru. Koleksi Bunga/Panas di pentas peragaan antarabangsa dijadikan sebagai inspirasi untuk item baru yang wajib dimiliki dalam awal pertengahan tahun 2018. Terbaik daripada Kecantikan – oleh CATRICE.

Mata

Penyerlahan holografik pada kelopak mata merupakan trend solekan yang terhangat saat ini! Tekstur metalik dan holografik dalam warna terang memberi solekan mata Gaya Berkilau. Dengan tekstur lembut berkilau disatukan dalam Palet Pembayang Mata atau Pigmen Bedak Tabur dengan kesan metalik atau berkilau, anda boleh mencipta gaya trend yang lembut mahupun dramatik. Pena Pengilat Mata dengan kemasan gaya lembap menjamin Gaya Dewy trendy pada mata. Selain itu kening yang terbentuk sempurna masih menjadi trend! Tidak kiralah sama ada tersendiri dalam gaya feathery ataupun “Kening Instagram“ yang dilukis dengan tepat – bulu kening akan mencipta bingkai yang sempurna untuk sebarang gaya solekan mata. Selain daripada pensel kening klasik dan warna bedak lembut untuk kening tampak natural, gabungan praktikal daripada pomade kalis air dan penyamar noda litupan menyeluruh kini turut menjamin kening yang sempurna! Trend kecantikan pentas peragaan: bulu mata lebat dengan efek WOW! Bulu mata yang...

Bibir

Trend Kecantikan Petak, Praktikal: Palet Gincu adalah sebahagian daripada peralatan asas jurusolek di pertunjukan fesyen label yang terkemuka. Satu palet, gaya tanpa batas. Gaya Bibir moden tidak mengenali sempadan musim ini. Warna tersusun rapi yang terdiri daripada nude kepada warna terang dalam Lip Artist PRO Palette boleh dicampurkan dengan mudah dan akan mencipta gaya bibir peribadi dengan kemasan matt selembut baldu. Trend bibir yang terkini mempesonakan dalam warna-warna pelangi dan berkilat seperti lakuer: Bibir Holografik. Keseluruhan spektrum bibir yang tebal dan berkilat sungguh memukau dengan warna-warna prismatik dan holografik Lip Glaze. Tekstur krim dalam gaya unik melengkapi bibir dengan kesan prismatik dan metalik. Tidak dapat memilih antara Gaya Metalik trendy ataupun Bibir Statement dalam warna gelap? Penanggal Gincu ada di sini untuk menjamin perubahan solekan dengan mudah, meskipun membuang warna gincu yang pekat dan tahan lama. Selain itu, ia mengandungi khasiat...

Gincu

Pengilat Bibir

Muka

Kulit Dewy merupakan salah satu Trend Kecantikan yang paling popular musim ini: diinspirasikan oleh embun segar dan kulit lembap berseri-seri, produk yang mencipta hasil gaya lembap semula jadi adalah alat solek terunggul yang wajib dimiliki. Kilauan cecair dan pengilat jernih adalah sifat ajaib untuk gaya trend ini. Highlighting Drops dalam warna rosé lembut membenarkan kulit bersinar dari dalam dan mencipta asas yang sempurna untuk Gaya Wet Dewy yang segar. Disatukan dalam Palet Muka, tekstur krim dan bedak menetapkan penyerlahan holografik pada muka. Kini kilauan prismatik semasa di luar mudah untuk dicapai dalam beberapa saat! Kulit tampak segar, sihat, dan berseri-seri. Kulit tanpa cela adalah syarat utama untuk Gaya Kecantikan sempurna – penyamar noda litupan penuh akan menyembunyikan ketaksekataan dan kemerahan kulit yang buruk dengan tepat. Bedak Tabur dengan kesan tumpuan lembut akan mengemaskan solekan dan mencipta kulit yang sempurna dengan #instaEffect.

Kuku

Trend Holografik tidak berhenti pada kuku: Pengilat kuku dalam barisan produk LuxChrome akan menyeliputi kuku dalam warna cemerlang dengan kemasan metalik dan krom yang menakjubkan. Serbuk Kuku Metalik dalam warna-warna trend menjamin efek holo dan kilauan yang hebat. LuxChrome 2in1 Base & Topcoat menyediakan dasar yang sempurna untuk menjadikan gaya fesyen ini bersinar sebaik mungkin. Untuk menggayakan Trend Akuatik musim ini, Shake & Seal Top Coat boleh dipakai begitu sahaja ataupun digabungkan bersama warna pengilat lain untuk mendapat kilauan prismatik dan efek insta pada kuku. Kesan berkilat bukan sahaja satu kemestian untuk muka; kuku juga dibenarkan untuk bersinar dalam Gaya Berkilat. Super Dry Top Coat akan mengering dalam beberapa saat untuk memberikan kuku kemasan yang amat berkilat dan melindungi warna dengan sempurna.

Pengilat Kuku

Penjagaan Kuku

Top Coat

Berus & Peralatan

Tiada gaya solekan boleh diperolehi tanpa peralatan kecantikan. Berus dan aplikator span semestinya item wajib untuk memakai bedak, pemerah pipi, dan pembayang mata dengan sempurna. Aplikator Silikon yang leper adalah pakar sebenar untuk Gaya Mata trendy: ia boleh digunakan untuk pemakaian tepat dan meratakan pembayang mata bedak dan krim tanpa membazirkan produk. Bedak asas, Maskara, Gincu... hanya cermin yang selalunya tiada di dalam beg tangan anda. Dan sekarang? Potongan cermin pelekat dalam Stick a Mirror Set boleh dilekatkan kepada gincu, palet pembayang mata atau produk bedak dengan mudah dan menjadikan setiap produk unik dan praktikal.