Sentiasa Peka Terhadap Perkembangan Trend

Keunikan CATRICE terletak kepada inovasi dan kecekapan pasukannya. Gigih merentas dunia untuk ke bandar fesyen terkemuka, kami sentiasa berusaha demi mendapatkan inspirasi gaya mekap dan gaya hidup terkini. Melalui cara inilah, kami berupaya menghasilkan produk berasaskan warna termoden, tekstur berinovatif dan tampil dengan pembungkusan yang berkualiti tinggi.

Lebih membanggakan, 25% daripada koleksi produk kami juga dikemas kini dan diperbaharui sebanyak  dua kali setahun. Maka, pengguna sentiasa mempunyai pilihan produk terkini untuk dicuba pada harga mampu milik. Segalanya untuk anda yang inginkan kepuasan ketika membeli-belah bersama CATRICE!