Di dalam beg

MARINA HOERMANSEDER, PEREKA FESYEN

Saya amat meminati Hello Kitty dan akan bawa barangannya ke mana-mana saja. Saya juga selalu bawa snek istimewa dari kampung halaman saya di Vienna.

Kini, Blush Artist Shading Palette edisi terhad baharu yang dihasilkan dengan kerjasama CATRICE ini adalah produk wajib saya. Paling ideal sebagai penyerlah kulit dan aneka pilihan rona menarik. Hadir dengan pengetat bekas yang diperbuat daripada kulit. Semestinya gaya wajib saya...

MALAIKA RAISS, PEREKA FESYEN

Sebelum dan selepas persembahan fesyen memang tiada beza! Memang tiada masa langsung untuk bertenang sebab kamu sentiasa sibuk. Saya sudah pastinya tak nak tekanan ini terserlah di wajah. Sebab itulah saya amat suka produk Prime And Fine Anti-Shine Blur Stick. Mudah dan pantas digunakan serta memberi kesan tanpa kilat. Kemudian, saya akan guna Illuminating Highlighter Pen untuk menaikkan seri wajah.

Untuk solekan bibir, saya lebih gemar gaya penampilan yang tidak berkilat. Saya selalu bawa Matt 6hr Lip Artist 030 Barberry Hopping ke mana-mana saja. Memang bagus dan tahan lama.

ANNELIE AUGUSTIN (AUGUSTIN TEBOUL), PEREKA FESYEN

"Beg saya memang sedikit berselerak:

Ada cermin mata hitam, gula-gula getah, pengilat bibir untuk membelai bibir kering dan bahan bacaan.

 

Dua produk peneman setia lain saya: Eye’Matic Matt Eyepowder Pen 030 untuk kesan solekan hebat dan pantas serta Denim Divine Nail Lacquer C01 Dark Denim Blue bagi riasan kuku berona biru gelap."

REBECCA MIR, MODEL

"Sepanjang menghadiri #BFW, saya tak mungkin bergaya tanpa semua produk kecantikan wajib ini! Saya selalu bawa beberapa produk kegemaran bersama agar solekan boleh diberi sentuhan tambahan dalam perjalanan ke destinasi seterusnya.

Misalnya, saya amat suka produk Ultimate Stay Lipstick100 Red Red Shine yang paling mudah disuai padankan dengan Ultimate Nail Lacquer 94 It’s a very berry bash!

Untuk tampil ceria dan segar sepanjang masa, saya guna produk Prime And Fine Anti-Shine Blur Stick dan Blush Artist Shading Palette 020 Corall I need."

LONI, JURUSOLEK

Saya paling suka tampil dengan calitan penggaris mata hitam dan gincu merah terang di apa jua majlis keramaian. Setiap kali, saya akan bawa produk Cake Eyeliner Wet & Dry dan pensel bibir merah Ultimate Stay Lip Liner 010 bersama. Semuanya produk kegemaran saya.

Untuk bibir menggoda, produk Pure Brilliants Colour Lip Balm berona 040 Romeo & Jeweliet pula menjadi pilihan saya.

ARMIN, JURUFOTO & JURGAYA SELEBRITI TERKEMUKA

Sebagai jurugaya, penampilan yang kemas bagi saya amatlah penting.Untuk membentuk kening yang sempurna, saya suka menggunakan Lash & Brow Designer - Shaping and Conditioning Gel.

Sebagai seorang lelaki, produk Fixing Brow Wax yang bertekstur jernih juga sesuai untukmembantu mengawal rambut saya yang tidak terurus selain menambah kilauan sempurna pada janggut.

LEYLA, LALA BERLIN

Glamour Doll Volume Mascara adalah produk serba boleh dan wajib ada dalam beg saya. Berusnya tirus dan teksturnya pula berkrim. Memang mudah digunakan. Khusus untuk anda yang selalu sibuk.