Rahsia Gaya

MARINA HOERMANSEDER

Disebabkan saya tidak suka pakai seluar, saya selalu pakai skirt dan dres untuk kerja dan santai.

Saya suka dres kembang, dan khususnya Skirt Tali Pelangi kami. Jika digabungkan dengan baju yang lembut dan longgar, bentuk ketat skirt ini akan mencipta siluet feminin serta-merta dan menyerlahkan bentuk pinggang. Zara Basics sesuai untuk baju.

Kemudian saya tambah beg statement seperti Beg Belang Kasper kami dan gaya ini sudah lengkap.

Saya suka naikkan pakaian ringkas dengan kasut elegan, berkualiti tinggi. Kasut tumit pam Oaxacana kulit oleh Christian Louboutin sudah pasti akan menarik perhatian.

Jika saya mencari sesuatu yang benar-benar luar biasa, saya suka pergi ke Alexander McQueen kerana rekaan berani beliau menjadi sumber inspirasi yang hebat.

WILLIAM FAN

Kemeja belang. Ia peneman harian saya kerana ia begitu versatil. Bergantung pada cara anda memadankan atau melipat lengan, ia boleh nampak klasik atau kasual. Kemeja Alma selalu buat saya nampak elok, tidak kira apa pun situasi.

Filem Cina lama selalu membawa saya ke dalam dunia lain. Ia membuat saya mengelamun dan memberi ilham menerusi kisah dari era lain. Saya sukakan warna dan muzik yang mengiringi cerita nostalgik.

Selipar kulit biri-biri saya adalah kasut saya yang paling selesa dan menemani saya di dalam dan luar rumah. Memakainya terasa seperti berjalan di atas awan, dan ia sentiasa penarik perhatian.

Pakaian kerja mempunyai pengaruh yang besar dalam koleksi saya. Banyak gaya saya diinspirasikan oleh potongan ringkas. Saya sukakan idea kefungsian tulen dan ketelitian praktikal.

Emas satu kemestian. Pada pendapat saya, warna suam akan mengimbangi keanggunan dan kesahajaan pada sebarang pakaian. Secara peribadi, saya pakai banyak barang kemas emas, saya tidak pernah tinggalkan rumah tanpa memakainya!

BRACHMANN

Untuk Koleksi B/P 2018 baru, akhirnya saya mereka bentuk koleksi pakaian wanita pertama saya, yang diinspirasikan oleh rekaan pakaian lelaki saya serta gaya peneroka penerbangan Amelia Earhart. Dalam melakukannya, saya juga telah membongkarkan rahsia gaya saya. Saya sukakan pembinaan seni bina, kelantangan, dan keseriusan yang diekspresikan oleh pakaian klasik lelaki, yang saya terjemahkan menjadi pakaian wanita untuk label saya.

Bagi label pula, saya masih peminat setia Veronique Branquinho. Saya berlatih dengan beliau semasa saya belajar dulu. Buat masa ini, saya juga sangat sukakan Dries van Noten, yang telah mereka bentuk beberapa koleksi hebat sejak beberapa musim lepas. Mereka berdua dari Antwerp.

Pembelian terakhir saya: ada satu kedai kebajikan yang istimewa berdekatan dengan atelier saya. Saya menemui sepasang seluar lisu yang hebat oleh Zegna yang diperbuat daripada bulu bebiri lembut di sana. Saya suka gabungkannya dengan baju sejuk merino daripada koleksi saya sendiri dan sandal Birkenstock atau but Chelsea serta kot besar yang ringan, rasanya dari 80-an, yang mana saya jumpa sekali di kedai kebajikan itu.

RIANNA + NINA

Bunga pasti akan memberi mood yang bagus kepada semua orang – setiap hari dan bila-bila masa sepanjang tahun. Anda boleh dapatkan jambak bunga yang menawan di Marsano, misalnya.

Mykonos adalah tempat kegemaran kami untuk menghabiskan musim panas. Pada musim ini, kami ada buka gerai di sana. Sudah tentu, sandal oleh Ancient Greek Sandals menjadi satu kemestian! Model Clio Pearls dalam warna platinum membuatkan kami ingin kembali ke pantai.

Inspirasi untuk minyak wangi oleh Coqui Coqui dicungkil dari asal usul mereka: asalnya ditubuhkan sebagai tempat peranginan di semenanjung Yucatan, Mexico. Setiap wangian mencerminkan jati diri ini. Wangian kegemaran kami ialah Coco Coco, yang serta-merta membawa kami ke syurga.

Kenapa cermin mata? Ia memberi setiap pakaian kami satu sentuhan istimewa. Tidak kisah langsung jika matahari terik atau tidak. Kami sering dapatkan model kegemaran kami di Andy Wolf.

Pada waktu malam, kami tukar sandal kami dengan tumit tinggi. Dan kami sentiasa bawa kimono kami bersama ke mana-mana sahaja kami pergi.