Minggu Fesyen Berlin 01/2018

CATRICE continues its collaboration as beauty partner with the BERLINER SALON

RINGKASAN MINGGU FESYEN BERLIN

CATRICE x BERLINER MODE SALON – Kerjasama menuju kejayaan

Pada musim yang kelima, konsep Minggu Fesyen Berlin (BERLINER MODE SALON) telah mantap: sejumlah 40 penyertaan pereka fesyen, bakat-bakat muda dan pereka terkenal dari dunia fesyen Jerman memperagakan Koleksi Luruh & Sejuk 2017 mereka di dalam seni bina lewat neoklasik Kronprinzenpalais yang mengagumkan, di Humboldt-Forum di dalam Berlin Castle, di ESMT Berlin di dalam Ehemaliges Staatsratsgebäude (bekas Bangunan Jemaah Negeri), dan di Imperial Telegraph Office (Kaiserlichen Telegraphenamt) dari 17 hingga 19 Januari 2017. Tujuan initiatif ini adalah untuk mempromosikan rekaan fesyen Jerman di seluruh negara serta di peringkat antarabangsa yang sudah pun terbukti, dan disokong menerusi media serta jenama peruncit dan institusi kebudayaan.

© Gero Breloer

Jenama kosmetik CATRICE telah terlibat sebanyak empat kali sebagai penaja rasmi dan rakan kongsi kecantikan eksklusif. Dalam kolaborasi bersama jurusolek Loni Baur, Ketua Jurusolek, CATRICE mencipta gaya kecantikan trend-setting untuk 11 pereka fesyen yang memperagakan koleksi mereka dalam rangka kerja defilee dan pertunjukan berkumpulan. Marcus Kurz, Pengasas Bersama Minggu Fesyen Berlin: "Disebabkan oleh kerjasama sempurna dengan CATRICE, kami dapat menjamin penghasilan kreatif bagi persembahan pereka. Tanpa kerjasama hebat ini, minggu fesyen ini tidak dapat mencapai peringkat kejayaan seperti ini."

Susulan daripada kejayaan kerjasama dalam musim-musim lepas bersama label Berlin seperti lala Berlin, Kaviar Gauche, dan Dawid Tomaszewski serta duo pereka antarabangsa Capara, dan penglibatan dengan Minggu Fesyen Berlin sekali lagi tahun ini, respon yang diterima kebanyakannya positif: CATRICE dan pereka fesyen gembira dengan kerjasama kreatif ini dan gerakan inovatif yang terhasil. "Bekerja dengan CATRICE menakjubkan kerana solekan adalah bahagian penting yang terakhir untuk gaya pentas peragaan dan akan memberi koleksi ini sentuhan kemasan yang sempurna. Loni Baur menyerlahkan mood saya dengan bagus dan sentiasa menghasilkan gaya tulen, berseni dari sisi tertentu," jelas pereka Malaika Raiss, yang mana CATRICE mencipta padanan gaya kecantikan untuk selari dengan koleksi ini buat kali kedua dengan kerjasama Loni Baur.

© Gero Breloer, Moritz Thau, Toni Passig

RINGKASAN MINGGU FESYEN BERLIN

Gandingan CATRICE & Berliner Mode Salon memacu kejayaan berterusan

Pada musim keempat, konsep Minggu Fesyen Berlin (BERLINER MODE SALON) telah mantap: dengan bilangan penyertaan yang meningkat, sejumlah 42 bakat muda dan pereka terkenal dari dunia fesyen Jerman memperagakan Koleksi Bunga & Panas 2017 mereka di dalam seni bina lewat neoklasik Kronprinzenpalais dari 28 hingga 30 Jun 2016. Initiatif oleh Christiane Arp, Ketua Editor VOGUE Jerman, dan Marcus Kurz, Pengarah Urusan NOWADAYS, untuk menyediakan platform bagi pereka fesyen Jerman telah pun tercapai.

Jenama kosmetik CATRICE terlibat buat kali ketiga sebagai penaja rasmi dan rakan kongsi kecantikan. Dengan kerjasama Loni Baur, Ketua Jurusolek, dan Wella, CATRICE mencipta gaya kecantikan trend-setting untuk 13 pereka fesyen yang memperagakan koleksi mereka dalam rangka kerja defilee dan pertunjukan berkumpulan.


Susulan daripada kejayaan kerjasama dalam musim-musim lepas bersama label Berlin seperti lala Berlin, Kaviar Gauche, dan Dawid Tomaszewski serta duo pereka antarabangsa Capara, dan penglibatan dengan Minggu Fesyen Berlin sekali lagi tahun ini, respon yang diterima kebanyakannya positif: CATRICE dan pereka fesyen gembira dengan kerjasama kreatif ini dan gerakan inovatif yang terhasil. "Bekerja dengan CATRICE hebat sekali. Loni Baur dan pasukan solekannya mencipta gaya solekan yang benar-benar melengkapi dan menyerlahkan koleksi kami," kata pereka fesyen Otto Drögsler dan Jörg Ehrlich dari Odeeh, yang mana CATRICE mencipta padanan gaya kecantikan untuk selari dengan koleksi ini buat kali pertama dengan kerjasama Loni Baur. Dagmar Riedel-Keil, Pengarah CATRICE, menambah: "Kami bangga dapat menyertai Minggu Fesyen Berlin dan berjaya menonjolkan pelbagai koleksi menerusi gaya solekan yang kemas. Kerjasama ini sentiasa menghasilkan pertukaran idea dan dorongan kreatif bersama pereka fesyen. Ini memberi kami inspirasi kerana CATRICE suka menggabungkan trend fesyen terkini serta trend kecantikan paling inovatif dalam tekstur dan warna kami."

CATRICE berpeluang untuk berbual dengan pencipta Marina Hoermanseder serta beberapa pereka lain yang berkongsi kefahaman ke dalam dunia Minggu Fesyen Berlin (Berliner Mode Salon).

© Gero Breloer

RINGKASAN MINGGU FESYEN BERLIN

Gandingan CATRICE & Berliner Mode Salon memacu kejayaan berterusan

BERLINER MODE SALON (Berlin Fashion Salon) kini kembali untuk tahun ketiga. Tahun ini, acara yang berlangsung dari 21 hingga 23 Januari ini berjaya mencatatkan peningkatan cemerlang dari segi bilangan pesertanya. Buat julung kalinya, sejumlah 40 orang peserta muda dan berbakat besar telah tampil bersama barisan pereka fesyen Jerman terkemuka untuk mempersembahkan Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2016/2017 di pentas peragaan yang bertempat di istana neoklasik, Kronprinzenpalais.

Inisiatif oleh Ketua Editor Majalah VOGUE Deutschland, Christiane Arp dan Pengarah Urusan NOWADAYS, Marcus Kurz ini diharapkan dapat mewujudkan satu platform terbaik bagi mengetengahkan rekaan-rekaan fesyen Jerman sedia ada.

 

Jenama kosmetik terkemuka, CATRICE merupakan penaja rasmi dan rakan kongsi kecantikan buat kali kedua. Menerusi kolaborasi bersama Ketua Unit Mekap, Loni Baur dan Wella, CATRICE telah menampilkan aneka gaya solekan terkini untuk 13 pereka fesyen yang mempersembahkan koleksi mereka melalui sejumlah pertunjukan fesyen dan persembahan secara berkumpulan.


Berikutan kejayaan kolaborasi bersama jenama-jenama fesyen terkemuka Berlin dalam musim-musim sebelum ini, acara BERLINER MODE SALON penuh gemilang ini sekali lagi mendapat sambutan yang baik. Antara jenama tersebut termasuk Lala Berlin, Kaviar Gauche (baru-baru ini di Paris) dan Dawid Tomaszewski dan pasangan pereka terkemuka dunia seperti Capara. CATRICE dan barisan perekanya amat bangga dengan gandingan tenaga kreatif yang membuahkan kejayaan inovatif ini.

"Saya cukup kenal dengan semangat jenama CATRICE," ujar Marina Hoermanseder yang pernah digayakan dengan produk CATRICE menerusi sentuhan Loni Bauer. Menurut Pengarah CATRICE, Dagmar Riedel-Keil pula, "Sebagai jenama kecantikan yang berorientasikan trend, peluang untuk bekerjasama dengan barisan pereka Jerman terkemuka dan berbakat besar sememangnya memberi inspirasi. Kolaborasi ini sering kali membuahkan idea-idea kreatif yang seterusnya akan diterapkan dalam penghasilan rangkaian produk akan datang."

Musim Bunga/Panas 2016

 

Minggu Fesyen Berlin merupakan acara penting dalam dunia fesyen. Begitu juga untuk CATRICE. Bagi CATRICE, penampilan terkini di pentas peragaan biasanya menjadi memberi inspirasi yang boleh diterjemahkan dalam koleksi produk kecantikan dan alat solek seterusnya. CATRICE telah lima kali berturut-turut berkolaborasi dengan jenama pereka terkemuka seperti Lala Berin. Buat julung kalinya, CATRICE merupakan penaja kosmetik rasmi bagi Berliner Mode Salon (Berlin Fashion Salon).

 

Berliner Mode Salon (Berlin Fashion Salon) adalah hasil inisiatif dua individu berpengaruh iaitu Ketua Editor Majalah Vogue Jerman, Christiane Arp dan Pengarah Urusan agensi kreatif NOWADAYS, Marcus Kurz. Sebagai platform khusus bagi golongan pereka muda, acara ini bukan sekadar membolehkan mereka mempersembahkan bakat serta hasil rekaan masing-masing. Malah, Berliner Mode Salon juga mendukung impian untuk terus mengukuhkan persepsi umum terhadap rekaan fesyen Jerman serta mendorong kejayaan masa depan dunia fesyen Jerman. Selain itu, acara Vogue Salon terkemuka yang dikhususkan untuk bakat-bakat baharu dunia fesyen Jerman juga buat julung kalinya diadakan sempena Berliner Mode Salon.

Gaya penampilan wajah-wajah model yang memperagakan hasil karya barisan pereka fesyen terkemuka seperti Dawid Tomaszewski, Hien Le, Isabell de Hillerin, Lala Berlin, Marina Hoermanseder, Michael Sontag, Nobi Talai, Tim Labenda dan dwi pereka VONSCHWANENFLÜGELPUPKE dalam persembahan fesyen kali ini telah ditaja oleh CATRICE. Kolaborasi ini dijayakan dengan usahasama artis mekap Loni Baur.

CATRICE berpeluang menemubual pengasas Christiane Arp serta beberapa pereka yang hadir kali ini. Mereka juga memberi pandangan masing-masing tentang dunia Berliner Mode Salon atau Berlin Fashion Salon.