WILLIAM FAN, ditubuhkan pada 2015, melambangkan gaya klasik yang berfungsi. Rekaan eponim pereka fesyen ini menggabungkan elemen Asia Timur dan Eropah yang dekat dengan asal-asul Fan sendiri. WILLIAM FAN menyatukan pengaruh Asia Timur dan Eropah dengan menggabungkan jahitan klasik bersama material inovatif bagi lelaki dan wanita. Gabungan material di luar kelaziman mencipta nada harmoni hasil jahitan moden. Pereka fesyen ini sentiasa terpesona oleh nilai estetik pakai seragam ringkas yang diherot, dirangka, dan ditafsir semula. Matlamat WILLIAM FAN adalah untuk mencipta produk yang mudah didapati dan biasa namun turut mengejutkan menerusi ketelitian inovatif. WILLIAM FAN merupakan label fesyen klasik yang menawarkan pakaian abadi yang berkualiti tinggi serta item asas yang praktikal.

Pada musim Bunga 2015, William Fan muncul buat kali pertama di Minggu Fesyen Berlin Mercedes-Benz menerusi koleksi eponim beliau. Pereka fesyen Jerman dengan asal-usul Asia ini menamatkan pengajian program sarjana muda beliau di kolej seni terkenal Artez di Arnhem, Netherlands, lalu bekerja untuk label couture British, Alexander McQueen. Selepas menimba pengalaman di negara luar, beliau berjaya melengkapkan program sarjana di kolej seni Berlin Weissensee. Label ini bekerjasama dengan pengilang di Jerman dan Hong Kong, dan mempunyai standard kemahiran tradisional yang tinggi.

Sejak musim panas 2016, WILLIAM FAN menyertai Vogue Salon Germany dan merupakan salah seorang daripada tiga menti Fashion Council Germany. Pada 2016, beliau turut terpilih untuk menerima "Fellowship Programme oleh Fashion Council Germany & H&M" dan rekaan beliau kini dipamerkan dalam kempen fesyen antarabangsa oleh Mercedes-Benz yang dibintangi oleh penyanyi MIA.