William Fan Make-up Fall & Winter 2018/19 by CATRICE

On Thursday, the 18th of January 2018, the designer William Fan presented his Fall & Winter Collection 2018/19 in the restaurant Ngon in the Rathausstraße as part of the BERLINER SALON (Berlin Fashion Salon). As the cosmetics brand CATRICE is the official make-up partner and sponsor of the renowned Fashion Week event for the sixth time in a row, the models received a professional make-up styling with CATRICE products for the defilee.

The extraordinary thing about the Beauty Look by William Fan this season: There are three different make up looks - inspired by the setting of the runway show, a Chinese restaurant. The story of William Fan's new collection is based on memories from his adolescence since his parents owned a Chinese restaurant at this time. The Beauty Looks reflect the diverse people that meet upon one another in a restaurant. During his teenage years in the late 1990's, many lived by the motto "more is more" - so the make-up team surrounding Loni Baur consciously created an "over the top" Beauty Look, especially for the third look.

Here are the step-by-step instructions for the third make-up of the show: 90's Chic Beauty Look

Step 1

The skin is contoured with the California In A Box Bronzer & Blush Palette 010.

Step 2

The eyebrows are defined and brought into shape.

Step 3

The nude and shimmer shades of the Professional Artist Eyeshadow Palette 010 are ideal for creating 90's style Smokey Eyes. The brown Kohl Kajal 140 and the grey  Kohl Kajal 070 provide the eye make-up with added depth and dimension.

 

 

Step 4

Generously apply mascara on the lashes.

Step 5

For a retro 90's look, the contours of the lips are emphasized with the Longlasting Lip Pencil 020 and filled in with the nude Velvet Matt Lip Cream 010.

Step 6

The nails are painted in a classic red with the ICONails Gel Lacquer 03.

Gaya Solekan William Fan Musim Bunga & Panas 2018 oleh CATRICE

Pada hari Khamis, 6 Julai 2017, pereka fesyen William Fan mempersembahkan Koleksi Musim Bunga & Panas 2018 beliau sempena Minggu Fesyen Berlin di tingkat atas Kronprinzenpalais. Buat kali kelima berturut-turut, jenama kosmetik CATRICE menjadi rakan kongsi solekan dan penaja rasmi Minggu Fesyen Berlin (BERLINER MODE SALON). Oleh itu, setiap model pertunjukan William Fan diberikan gaya solekan profesional menggunakan produk CATRICE.

Perkara yang luar biasa tentang gaya kecantikan oleh William Fan musim ini: Terdapat empat gaya solekan berbeza - diinspirasikan oleh seting pertunjukan peragaan: Kisah koleksi baru William Fan adalah berdasarkan kenangan dari zaman remaja beliau dan hujung 90-an. Remaja sering hidup dengan mantra “lagi banyak lagi meriah” - seperti garisan rambut yang ketara dalam warna merah. Dalam gaya kecantikan ini, pasukan solekan CATRICE yang diketuai oleh Loni Baur menghidupkan kembali malapetaka solekan dari zaman muda kita: Terlalu banyak pengilat bibir, pipi terlampau merah, kening berwarna.

Berikut langkah-langkah untuk mencipta solekan peragaan ini:

Langkah 1

Kelopak mata, tulang hidung, dan tulang pipi diserlahkan menggunakan Professional Make Up Techniques Face Palette 010 Volume One, Million Styles Lip Topcoat 010 serta warna merah jambu lembut daripada Ultimate Chrome Collection Eyeshadow Palette 010 Heights and Lights.

Langkah 2

Bulu kening diberus mengikut bentuk dan selapis maskara nipis dipakai pada bulu mata.

Langkah 3

Matt To Cheek Blush Stick 020 Peach Fiction memberikan kilauan sihat dan segar pada pipi.

Langkah 4

Bibir dibiarkan natural dengan sentuhan pengilat menggunakan Volumizing Lip Booster dalam gaya basah.

Langkah 5

Untuk kilauan holografik cerah pada kuku, pakai Silk Matt Top Coat. Selepas itu, satu selaput Quick Dry & High Shine Top Coat disapukan untuk mencipta gaya Basah Embun yang berkilau pada kuku.

Langkah 6

Kohl Kajal 240 My Dream of Caribbean dipakai pada bahagian dalam bulu kening dan kemudian dibuangkan semula dengan perlahan menggunakan tisu pembersih basah. Dengan cara ini, hanya sedikit warna daripada penggaris mata akan tinggal pada bulu kening.

Gaya Solekan William Fan Musim Luruh & Sejuk 2017/18 oleh CATRICE

Malam semalam, Khamis, 19 Januari 2107, pereka fesyen William Fan mempersembahkan Koleksi Luruh & Sejuk 2017/18 sempena Minggu Fesyen Berlin (Berliner Mode Salon) di bangunan EMST Berlin | Ehemaliges Staatsratsgebäude (bekas Bangunan Majlis Negeri). Buat kali keempat berturut-turut, jenama kosmetik CATRICE merupakan rakan kongsi dan penaja rasmi solekan bagi Minggu Fesyen Berlin – oleh yang demikian setiap model menerima gaya solekan profesional menggunakan produk CATRICE untuk peragaan oleh William Fan.

Perkara istimewa tentang gaya oleh William Fan musim ini: terdapat tiga gaya solekan yang berbeza: gaya pertama tertumpu pada penggaris mata putih yang tidak lengkap pada sebelah mata; gaya kedua menonjol dengan separuh bibir yang diwarnakan dalam warna merah, dan gaya ketiga hanya menampilkan solekan pada sebelah mata yang lebih menonjol disebabkan oleh bulu mata palsu. Idea di sebalik gaya-gaya ini berdasarkan perjalanan dunia yang pantas, yang dilambangkan oleh kesibukan Chinatown dalam pertunjukan ini – semuanya perlu dilakukan dengan pantas. Setiap gaya individu tidak lengkap, yang sekaligus menyampaikan daya tarikan gaya yang tidak begitu sempurna dan bersedia.

Berikut langkah-langkah untuk mencipta solekan pertama peragaan ini:

Langkah 1

Kulit dibiarkan tanpa solekan dan natural. Hanya kecelaan kulit yang kecil ditutup menggunakan bedak dan diberikan sedikit touch-up.

Langkah 2

Bulu kening diberus mengikut bentuk dan bulu mata kekal natural tanpa maskara.

Langkah 3

Hanya bibir bawah diwarnakan dengan merah matt. Satu warna baru dihasilkan dengan mencampurkan Longlasting Lip Pencil 130 Prince Cherry dan Velvet Matt Lip Cream 060 REDvolution. Setelah warna dikenakan, bibir bawah kemudiannya ditambah lagi matt menggunakan Prime and Fine Mattifying Powder Waterproof 010 Translucent.

Berikut langkah-langkah untuk mencipta solekan kedua peragaan ini:

Langkah 1

Kulit dibiarkan tanpa solekan dan natural. Hanya kecelaan kulit yang kecil ditutup menggunakan bedak dan diberikan sedikit touch-up.

Langkah 2

Untuk raut dengan sentuhan segar, sedikit gincu Ultimate Colour Lip Colour 370 In A Rosegarden dicalitkan di tengah-tengah kedua-dua pipi.

Langkah 3

Bulu kening diberus mengikut bentuk dan bulu mata kekal natural tanpa maskara.

Langkah 4

Garisan putih yang kemas dilukis pada mata kanan (mata kiri jika dilihat dari depan) menggunakan Kohl Kajal 040 White, meleret di sepanjang sisi dalam dan luar garis bulu mata atas. Mata kiri (mata kanan jika dilihat dari depan) dibiarkan lembut hanya dengan garisan pendek di sepanjang sisi luar garis bulu mata atas.

Langkah 5

Volumizing Lip Booster 010 dikenakan pada bibir bawah untuk kesan kilauan yang ketara. Bibir atas pula sebaliknya dibiarkan matt.

Berikut langkah-langkah untuk mencipta solekan ketiga peragaan ini:

Langkah 1

Kulit dibiarkan tanpa solekan dan natural. Hanya kecelaan kulit yang kecil ditutup menggunakan bedak dan diberikan sedikit touch-up.

Langkah 2

Hanya kening mata kiri (mata kanan jika dilihat dari depan) dilukis dan dibentuk – dengan bantuan Eyebrow Stylist dan Eye Brow Set.

Langkah 3

Hanya mata kiri diserlahkan dengan penggaris mata hitam, yang mana dileretkan di sepanjang bulu mata atas. Liquid Gel Cushion Eye Liner 010 The Black Sheep digunakan untuk gaya ini.

Langkah 4

Untuk menjadikan mata tampak lebih besar, mata kiri (mata kanan jika dilihat dari depan) digalakkan lagi dengan memakai bulu mata palsu seperti Couture Classical Volume Lashes pada bulu mata atas.

Langkah 5

Solekan sebelah mata ini disempurnakan dengan mengenakan campuran Prêt-à-Lumière Longlasting Eyeshadow 030 Diner En Blanc dan Made To Stay Highlighter Pen 030 Eye Need! sebagai penyerlahan lembut pada sudut dalam mata.

Langkah 6

Bibir dibiarkan tanpa gincu.

Gaya Solekan Musim Bunga & Panas 2017 William Fan oleh CATRICE

Di perkarangan Kronprinzenpalais, William Fan mempersembahkan Koleksi Bunga & Panas 2017 sempena Minggu Fesyen Berlin (Berlin Mode Salon).

Dengan kerjasama CATRICE, Loni Baur sebagai Ketua Jurusolek menghasilkan gaya kecantikan tersendiri yang menceritakan sebuah kisah: keletihan namun pada masa yang sama masih panas dan bingung daripada semalaman di kelab. Wanita ini baru sahaja pulang dari Studio 54 dan pantas membuang solekannya sebelum memakai produk penjagaan muka, namun sisa krim masih boleh dilihat semasa dia masuk tidur.

Berikut langkah-langkah untuk mencipta solekan peragaan ini:

Langkah 1

Untuk kulit yang kelihatan seperti baru dibersihkan dan dimanjakan oleh krim penjagaan muka, campurkan Nude Illusion Make Up dengan krim muka.

Langkah 2

Cipta wajah kemerah-merahan seperti selepas menari semalaman menggunakan warna krim Ultimate Colour Lip Colour 470 My Little Peony dan Supreme Fusion Lipcolour + Care 050 Bubble Plum. Campurkan warna ini bersama dan gunakan jari untuk memakainya di bawah mata dan di tengah-tengah pipi.

Langkah 3

Gunakan Eye Brow Stylist untuk membentuk lengkung kening dengan lembut.

Langkah 4

Lash Curler memberikan kelentikan bulu mata yang natural.

Langkah 5

Untuk penekanan seakan-akan sisa krim penjagaan atau pupur muka, lembapkan pembayang mata putih matt Absolute Eye Colour 660 Ice White Open dengan sedikit air dan pakaikan pada kelopak dalam bentuk tidak simetri menggunakan jari atau berus – jika mahu, pembayang mata juga boleh digunakan untuk menyerlahkan kontur wajah.

Langkah 6

Berikan kuku kilauan yang menakjubkan menggunakan pengilat kuku jernih Ultimate Nail Lacquer 104 Klarlack. Kuku kaki menunjukkan lebih warna selepas pulang dari kelab, diwarnakan dengan Ultimate Nail Lacquer 17 Caught On The Red Carpet.

Gaya Solekan Musim Luruh & Sejuk 2016/17 William Fan oleh CATRICE

William Fan mempersembahkan Koleksi Musim Luruh & Sejuk 2016/17 beliau di lokasi berprestij Kronprinzenpalais sempena Minggu Fesyen Berlin.

Dengan kerjasama CATRICE, gaya pencetus trend dengan penyerlahan mata ini telah dicipta oleh Loni Baur sebagai Ketua Jurusolek: mengikut watak koleksi baru ini, keanggunan glamor bertemu Demam Parti tahun 70-an – menjolok mata, glamor dan masyhur.

Ikuti langkah-langkah kecantikan di bawah:

Langkah 1

Pertama sekali, cuci muka dengan bersih dan cipta gaya “kulit tanpa cela” dengan bantuan Velvet Finish Foundation With Hyaluron. Untuk kesan matt tahan lama, bedakkan muka menggunakan Nude Illusion Loose Powder.

Langkah 2

Lukiskan garisan pendek dari tengah garis bulu mata atas dan bawah menghala ke luar menggunakan Eye Liner Pen 010 Black.

Langkah 3

Potong Lash Couture Classical Volume Lashes mengikut cita rasa dan pakai dengan tepat di atas penggaris mata hitam. Selain itu, tambah Lash Couture Single Lashes individu di sepanjang garis bulu mata bawah.

Langkah 4

Seterusnya, kenakan selapis Glam & Doll False Lashes Mascara 010 Black pada bulu mata palsu.

Langkah 5

Untuk penyerlahan berkilau, pakai Pure Brilliants Colour Lip Balm 010 Sparkle Sparkle Little Star pada bahagian kelopak mata yang berkelip.

Langkah 6

Berikan kilauan elegan kepada bibir menggunakan Pure Brilliants Colour Lip Balm 010 Sparkle Sparkle Little Star.

Langkah 7

Kuku akan meniru lampu disko yang berkelip: pertama sekali, warnakan kuku anda dalam warna nude seperti CC Care & Conceal 06 Perfecting Pale Almond sebagai asas yang neutral. Seterusnya, lekatkan pelekat bentuk berlian, emas berkilau di tengah-tengah kuku, menghalakan bucu berlian ke arah hujung setiap kuku.