FAN DYNASTY


© Gero Breloer

'Balik Ke Garbsen'

Kunjungan ke Chinatown yang bising dan sibuk sudah berakhir. Selepas tengah hari yang dinamik, kisah William Fan diteruskan ke kampung halamannya, rumah ibubapa beliau:


© Gero Breloer

Jalan raya desa yang sunyi, landskap ladang, dan perhentian bas di seberang jalan mendorong hasrat beliau untuk meneroka bandar-bandar besar. Seolah-olah masa telah berhenti sejak meninggalkan kampung kecil Garbsen, koleksi BP18 yang baru membawa kita kembali ke bilik zaman remaja pereka ini. Dinding dihiasi dengan lukisan dan foto lama dari tahun 1990-an dan awal 2000-an, dengan lagu-lagu hit zaman itu dimainkan di latar. CD, poster lama dengan idola pop serta perabot dan aksesori kebudak-budakan yang kucar-kacir hampir mendatangkan nostalgia. Mengenang memori lama, musim baru ini menghidupkan kembali euforia zaman remaja. Pada masa ini, TV merupakan tingkap kepada realiti. Saluran televisyen seperti MTV dan VIVA mencipta budaya hiburan pada masa itu dan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap perkembangan Fan dari remaja hingga dewasa.

Menerusi kesenangan dan keseronokan bereksperimen yang hampir dilupakan, Fan membawa kita menjejak perjalanan peribadi beliau dari 2000-an hingga masa kini di mana beliau menghidupkan semula rumah ibubapa beliau yang sunyi tanpa Wifi dan Instagram. Dengan penuh kasih sayang dan rasa rindu, Fan menunjukkan kita keindahan dalam kembali ke asal-usul dan bagaimana untuk mencungkil inspirasi baru daripada keselesaan yang dahulunya terasa biasa.

Koleksi bp18 ini merupakan satu penghormatan kepada anak-anak muda tahun 2000-an. Ia menggabungkan elemen sukan, hip-hop, dan pengaruh luar bandar. Fan meneroka denim berjalur, wul berkotak lembut, dan metalik tekno dalam gabungan warna-warna terang. Potongan pakaian terdiri daripada kolaj lukisan lama yang lucu dan bentuk baru yang mengiringi masa lalu dan sekarang.

Dipengaruhi oleh jiwa belia yang bebas, "BALIK KE GARBSEN" menghidupkan semula kesenangan dan keseronokan menggayakan pakaian.

Kisah Tengah Hari

Selepas melencong seketika ke dalam hiburan malam bandar yang menarik dan riak wajah tenang dan lembut pada keesokan paginya, kita dijemput ke satu tempat di mana dinamik dan watak yang berbeza bergaul untuk meneruskan rutin seharian mereka - kesibukan dan aneka kehidupan di Chinatown.


© Gero Breloer

Seorang pembantu bank sedang makan snek di bar ladu, seorang ahli perniagaan wanita mengambil baju di dobi dan mendapatkan rawatan kuku di salon, seorang lagi membeli-belah di pasar raya. Di Chinatown, anda boleh temui semua jenis orang dan perkara - campuran pelbagai perwatakan dan klise yang menarik. Mempamerkan kesibukan aktiviti yang melambangkan kepantasan masyarakat kita - gerak hati untuk menggunakan masa dengan paling berkesan - dan pengurusan kejayaan.

Koleksi luruh-sejuk daripada William Fan ini adalah eksperimental, riuh, dan menarik. Berdasarkan dan diilhamkan oleh kawasan Chinatown yang beraneka dan bertenaga, koleksi Fan merupakan kontras yang jelas berbanding gaya bersahaja 'Keesokan Hari' bagi musim bunga-panas 2017. Siluet pakaian menjadi lebih lebar dan besar, daya tarikannya dramatik dan bertenaga - satu interaksi tekstur berlainan dan cantuman renda yang teliti.

Hari Berikutnya

Koleksi terbaru daripada WILLIAM FAN Bunga/Panas 2017 merupakan kesinambungan daripada koleksi Luruh/Sejuk 2016/2017. Tema FAN adalah 'Kung Fu bertemu Disko'. Segala-galanya mempamerkan euforia kehidupan waktu malam yang mengujakan.


© Gero Breloer

Koleksi Bunga/Panas akan datang semuanya tentang hari berikutan parti sepanjang malam. Ia menjelaskan bagaimana pelbagai watak menyesuaikan diri pada hari seterusnya. Sesetengah orang terus ke pejabat tanpa tidur langsung. Yang lain duduk di rumah untuk rileks dan mengecas semula tenaga.

Koleksi natural ini berbeza dengan koleksi Luruh/Sejuk 2016/2017 disebabkan oleh watak domestiknya. Gaya ini selesa dan mudah didapati. Ia turut menumpukan pada keringkasan dan kefungsian yang tipikal untuk WILLIAM FAN. Tambahan pula, koleksi ini diperkembangkan oleh barisan produk baru yang terdiri daripada perabot berbentuk organik yang dibuat oleh pengilang kecil di Brandenburg. Suasana ini diilhamkan oleh babak hiasan dalaman dari 60-an dan 70-an. Ia menunjukkan material berbeza yang saling mempengaruhi. Fabrik dan material yang boleh dijangka di dalam ruang tamu diterapkan ke dalam pemakaian. Ini mewujudkan perasaan kesatuan bersama ruang kediaman seseorang. Ideanya adalah untuk membawa perasaan selesa ini ke dalam rutin kehidupan seharian anda.

Mulai sekarang, seseorang bukan sahaja boleh mengalami dunia WILLIAM FAN dengan memakainya tetapi dengan juga tinggal di dalamnya.

Koleksi Luruh/Sejuk 2016

Koleksi Luruh/Sejuk 2016 ini diinspirasikan oleh Bruce Lee, guru seni mempertahankan diri, serta glamor disko 70-an. Kejituan Kung Fu bertemu era tarian Studio 54 yang berani dan liar, menggabungkan siluet tradisional daripada filem-filem Cina dengan keanggunan malam disko.


William Fan mencipta monumen demi kecantikan serendipiti. Permukaan fabrik yang digunakan dalam koleksi ini seperti berubah-ubah secara organik, menyesuai dengan momentum pergerakan yang berbeza - semuanya berada dalam fluks. Model-model baru menonjol dalam kombinasi material yang menarik; kashmir dalam gabungan bulu biri-biri mentah, baldu tebal disatukan dengan sutera ringan, beralun. Seksi disko bertembung dengan kerasionalan tenteram. Dalam koleksi beliau, kefungsian sentiasa mempunyai nilai estetik yang unik, memberi segala-galanya tujuan yang lebih besar. Butang blaus mandarin klasik William Fan disembunyikan, memberi tanggapan baju seragam klasik, di mana setiap helai mempunyai sebab kewujudan.

Sebagai pengembara antara dua dunia yang berbeza, William Fan mencipta pakaian yang sempurna untuk musim sejuk panjang yang secara tidak sengaja menjadi malam pesta yang panjang. Dengan itu, Koleksi Luruh/Sejuk 2016 beliau merupakan satu penghargaan kepada perkara asas yang menjadikan setiap situasi kehidupan lebih bermakna.