Gaya Solekan Vanessa Schindler Musim Bunga & Panas 2018 oleh CATRICE

Pada hari Khamis, 6 Julai 2017, pereka fesyen Vanessa Schindler mempersembahkan Koleksi Musim Bunga & Panas 2018 beliau sempena Minggu Fesyen Berlin buat julung kalinya. Pertunjukan "Vanessa Schindler dipersembahkan oleh Mercedes-Benz & ELLE" bertempat di tingkat atas Kronprinzenpalais.

Buat kali kelima berturut-turut, jenama kosmetik CATRICE menjadi rakan kongsi solekan dan penaja rasmi Minggu Fesyen Berlin (BERLINER MODE SALON) – oleh itu setiap model menerima gaya solekan profesional menggunakan produk CARICE untuk peragaan oleh Vanessa Schindler.

Ketua Jurusolek Loni Baur mencipta gaya kecantikan nude monokromatik untuk koleksi Vanessa Schindler.

Berikut langkah-langkah untuk mencipta solekan peragaan ini:

Langkah 1

Pertama sekali, muka dibersihkan dengan teliti untuk mencapai kulit sempurna yang tampak natural. Seterusnya, kulit disempurnakan dan dimattkan secara lembut menggunakan Prime and Fine Mattifying Powder Waterproof 010 Translucent.

Langkah 2

Untuk wajah berseri dan segar, warna salmon cerah daripada Allround Colour Correction Palette dipakaikan pada kelopak mata serta tulang pipi. Mata diserlahkan lagi dengan warna cerah daripada Modern Matt Collection Eyeshadow Palette The Must-Have Matts.

Langkah 3

Bulu kening diwarnakan dan dibentuk dengan bantuan Brow Palette Matt & Glow 010 Now Flash Lights.

Langkah 4

Bergantung pada tona kulit peribadi, bibir diberikan kemasan satin dalam warna nude menggunakan Ultimate Colour Lip Colour in 240 Hey Nude dan 380 Nude-Tastic. Lip Foundation Pencils 010 Can't You Hear That Super Base? dan 020 Caramel Blonde To Go menawarkan sokongan lanjut untuk menyesuai dengan tona kulit peribadi.

Langkah 5

ICONails Gel Lacquer 25 The Sandy Shop melengkapkan gaya monokrom ini dengan kemasan nude pada kuku.