RIANNA + NINA merupakan jenama fesyen yang berasas di Berlin, ditubuhkan pada April 2014 oleh Rianna Kounou dan Nina Kuhn.

Rianna dilahirkan di Athens, Greece. Selepas pendidikan sebagai pembuat kostum, beliau tidak lagi dapat menahan untuk mengejar impiannya – pakaian vintaj. Beliau membuka kedai vintaj yang bernama 'Berlin' pada tahun 1987 di Athens. Selama hampir 20 tahun, Rianna merupakan pendukung pakaian vintaj berkualiti tinggi dan luar biasa di Greece. Beliau bekerja bersama majalah, selebriti, dan memegunkan pelanggannya dengan pengetahuan mendalam tentang fesyen dari berpuluh-puluh tahun lepas. Pada 2009, semangat yang membara membuat beliau berpindah ke Berlin bersama anak lelaki dan suaminya untuk membuka butik vintaj yang baru bernama 'Rianna in Berlin'.

Nina dilahirkan di sebuah pekan kecil berhampiran Frankfurt, Jerman. Langkah pertamanya ke dalam dunia fesyen adalah dengan menjadi pelatih di sebuah agensi perhubungan awam untuk industri mewah yang bekerja untuk klien seperti Etro dan Cartier. Sementara menghabiskan ijazah sarjana muda, beliau terus bekerja dalam industri fesyen di Munich, New York, dan Paris. Nina ke Milan untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam Pengurusan Fesyen dan Rekaan di Bocconi University. Cintanya terhadap Berlin membawa beliau ke bandar itu pada tahun 2010, di mana beliau bekerja sebagai Ketua Pemasaran dan Komunikasi di Galeries Lafayette. Setelah empat tahun yang menyeronokkan, beliau sudah bersedia untuk sebuah pengembaraan baru.

Rianna dan Nina bertemu jodoh di pameran perabot vintaj, di mana mereka pantas menyedari bahawa mereka berdua berkongsi minat dalam fabrik vintaj, cetakan terang, melancong, dan cara hidup yang positif. Pada April 2014, mereka membuka Cabinet de Curiosites 'RIANNA + NINA' di Berlin Mitte.

Permulaan sebuah perjalanan yang berwarna-warni.

3 tahun kemudian, koleksi berwarna-warni mereka dijual di kebanyakan kedai mewah di Hong Kong, New York ke Los Angeles, Mykonos, dan Capri.

Setiap pakaian daripada koleksi mereka sememangnya lain daripada yang lain dan diperbuat daripada tangan di Berlin dan Athens menggunakan fabrik vintaj dan skaf sutera vintaj. Dua wanita luar biasa ini menjelajah ke seluruh dunia untuk mencari khazanah paling eksklusif dan menggunakannya dalam Kimono, Kaftan, dan dres mewah mereka.

Pada 5 Julai, mereka akan mempersembahkan koleksi pertama mereka dengan cetakan asli di Der Berliner Mode Salon di Kronprinzenpalais Berlin.

Pengembaraan akan bersambung…