MARINA HOERMANSEDER LURUH | SEJUK 2018 | 2019

Kemerdekaan menjadi prinsip panduan di sebalik Koleksi Luruh | Sejuk oleh Marina Hoermanseder, yang diserlahkan lagi dengan ketelitian ekspresif. Pereka ini melakar ilustrasi yang kaya dengan kontras yang memaparkan wira berani dan glamor zaman 1920-an.


© Gero Breloer

Elemen signature Marina Hoermanseder, kancing tali pinggang kulit, telah menjadi simbol bagi wawasan beliau. Tumpuannya terletak pada wanita bersatu tenaga. Yakin dan lantang, mereka menuntut hak mereka, bersama-sama tanpa sebarang paksaan atau perebutan kuasa – tanpa perlu bersaing. Didandan dalam gaya ketenteraan berlemah lembut, mereka berarak menuju masa depan yang feminin. Jaket quilt yang rumit dalam warna tanah dan kelengkapan penyamaran yang berkualiti tinggi menjadi peneman setia dan menawarkan perlindungan kepada mereka.

Glamor zaman keemasan 1920-an di Berlin menyerlahkan lagi pelaksanaan dan potongan sofistikated koleksi ini. Fabrik berkilau dan sifon elegan memberikan pemandangan cantik tentang kegemilangan wanita dan mencipta penampilan unik yang tidak boleh disangkal lagi.

Pakaian utama kulit buatan tangan yang diilhamkan oleh pelbagai bentuk dalam ortopedik menyerlahkan minat Marina Hoermanseder terhadap bentuk progresif. Pemilihan pakaian yang teliti seperti sut ski kembang, bengkung, dan seluar yang diperbuat daripada cebisan kulit yang nipis serta kot ultra panjang dan dres sendat membuktikan bahawa pereka ini sentiasa melahirkan pembaharuan sementara kekal setia kepada inspirasi asal beliau. Kerana setiap wanita hanya mampu berubah dengan wawasan untuk masa depan jika dia menyedari bahawa dia ada kisah yang tersendiri.

www.marinahoermanseder.com

MARINA HOERMANSEDER BUNGA | PANAS 2018

Diinspirasikan oleh patung matryoshka yang dicat tangan, zaman kegemilangan 90-an, gaya jalanan New York, serta daya tarikan ekstrem, Marina Hoermanseder menekankan pelbagai aspek kewanitaan menerusi koleksi ini.


© Gero Breloer

Kemeja, baju dan seluar panas longgar sporty dari satu sudut, sementara interaksi mahir dengan kraftangan dari sudut lain: variasi "Skirt Tali Pinggang" dan "Beg Kasper" signature memberi gambaran keseluruhan yang ceria dan feminin dengan fabrik bertemakan bunga dan renda hiasan yang khusus dicipta.

Sorotan koleksi ini adalah pakaian kulit utama berwarna terang yang diinspirasikan oleh rekaan ortotik moden untuk kanak-kanak. Seni ukir yang rumit meluahkan minat mendalam terhadap ortopedik dan bentuk tiga dimensi. Buat kali pertama, kancing tipikal Marina Hoermanseder boleh dilihat dalam versi saiz terlampau besar sebagai elemen rekaan berbeza dan berulang. Saiz yang lebih menonjol ini dilaksanakan dengan begitu terperinci. Interaksi antara sifat keras dan lembut – hiburan sukan bertemu couture – menjadi lambang bagi koleksi ini.

Pereka fesyen ini juga menggunakan denim buat kali pertama, dan dalam melakukannya, menterjemahkan fabrik ini ke dalam bahasa rekaan beliau sendiri. Hasilnya: seluar elegan, blazer, dan korsaj unik. Satu skirt dengan beribu-ribu Swarovski yang berkilau merupakan satu lagi sorotan.

Selama lima musim berturut-turut, Christian Louboutin merupakan penaja kasut eksklusif bagi peragaan défilé ini. Bagaimanapun, ini adalah kali pertama pelbagai kasut tersuai dicipta dengan kerjasama peraka fesyen ini. Ia melambangkan sifat chic feminin koleksi ini serta gaya signature beliau.

KOLEKSI LURUH | SEJUK 2017|2018

Stereotaip wanita yang dijelmakan melalui koleksi Luruh/Sejuk 2017 oleh Marina Hoermanseder seperti bukan dari dunia ini. Sarat dengan kemasyhuran dan sensitiviti, ia menyelami kehidupan dengan drama sensual – menggugat dan mempesonakan, ia tampak duniawi dan kudus.


© Gero Breloer

Keanggunan dan elegan bak diva mengilhamkan seni pementasan koleksi yang menonjol ini. Budaya opera, dengan jubah tak lapuk dek zaman, mengilhamkan pengaruh menggoda koleksi ini, dipantulkan dalam gabungan pelbagai lapis yang kompleks.

Pada masa yang sama, tona keseluruhan barisan kali ini turut mengetengahkan pengaruh 1920-an, 1960-an dan era Victoria, sementara kemewahan moden menambah gaya masyhur dengan tumpuan ungu lembut berkilat yang dingin serta fabrik flora baldu. Buat kali pertama dalam kerjayanya, pereka ini turut memilih warna gelap dan hitam dalam semua aspek. Drape lembut, ropol, perincian reben dan kembang tersergam menyuntik perasaan yang mendalam. Material lut cahaya melengkapkan interpretasi ala diva ini; kristal Swarovski membantu memberi kilauan dan sinaran penuh semangat kepada beberapa peragaan.

Dihujani kontras, koleksi ini mengaburi sempadan antara tarikan Hoermanseder dengan ortopedik dan kulit, sensualiti dan kekuatan wanita. Di sini, pereka ini yang mempunyai minat dengan pertukangan halus mengundang cantuman kulit, but paras lutut, cape dan dres elegan untuk bergabung tenaga dengan elemen fetish. Sementara itu, label ini mempunyai trademark cangkuk dan galas kulit, gaya statement sejak koleksi graduasi pereka ini, yang menekankan identiti tersendiri Hoermanseder dan menjadi contoh pengaruh seimbang antara busana anggun dan kemewahan sensitif.

Eksklusif untuk koleksi ini, Marina Hoermanseder turut berkolaborasi dengan jenama warisan Wolford – sebuah kerjasama yang menghasilkan seluar sendat, baju, dan dres. Semua rekaan ini boleh didapati untuk penjualan.

Selain itu, dan buat musim keempat, Christian Louboutin adalah satu-satunya penaja kasut pertunjukan pentas peragaan ini.

BUNGA | PANAS 2017

Koleksi terbaru Marina Hoermanseder memberi penghormatan kepada keriangan musim panas yang dilimpahi kilauan kupu-kupu, bunga terang dan mutiara bergemerlapan.


© Gero Breloer

Koleksi Bunga | Panas 2017 oleh Marina Hoermanseder menghanyutkan kami ke French Riviera. Gabungan nikmat keriangan, keselesaan dan kebangsawanan menyerlahkan joie de vivre Côte d’Azur yang menggoda. Di sini, pesisiran pantai mengingatkan kami tentang pelayaran kapal penuh aksi dan bergaya sementara langit oren yang hangat dan menenangkan memanggil santaian petang sambil melihat matahari terbenam. Jahitan tampal meluas, teliti – daripada mutiara merah jambu kepada bunga kulit berwarna-warni – membangkitkan peringatan kukuh tentang musim panas, digabungkan dengan cekap ke dalam koleksi ini.

Kupu-kupu tiga dimensi menghiasi beberapa sorotan koleksi ini, yang dibentuk menggunakan tangan dan kulit berlakuer – fikirkan korset arca dan skirt kembang. Pelbagai pemakaian biasa seperti kemeja teman lelaki, dres tenis, kolar tinggi, seluar palazzo dalam ukuran couture, seluar pendek langsing dan kembang dengan perincian kupu-kupu serta blazer labuh belakang merumuskan gaya Mediterranean bersahaja yang disemadikan ke dalam seluruh koleksi ini. Fabrik premium dengan kelompok gradien, kapas licin dan jersi ringan menambah sentuhan taktil kepada kewanitaan lembut pakaian ini. Sementara itu, kemasukan eksperimental neoprena memberi koleksi ini nada bergaya, namun urban sementara jualan terlaris, pembeli barangan kulit baru dan besar atau kulit kecil menarik lagi perhatian.

Marina Hoermanseder sentiasa tertarik dengan kerapuhan manusia. Dari aspek ini, fesyen beliau menjalinkan elemen artistik ortopedik dengan busana anggun kemas serta penekanan pret-a-porter. Pada musim ini, pereka ini menumpukan pada "kanak-kanak kupu-kupu" atau "kanak-kanak berkulit kristal." Dalam kerjasama bersama Swarovski, beliau menterjemahkan ilhamnya menjadi kristal imaginatif berkilau yang menghiasi dres kulit berharga, korset rumit dan pilihan aksesori.

Sudah tentu sekali, gaya cangkuk signature pada kulit label ini kekal menjadi hubungan penyatuan koleksi Marina Hoermanseder. Di sini, renda berseni dan sulaman ala cangkuk boleh dilihat berselang-seli dengan keanggunan Selatan Perancis – lantaran itu menekankan gaya label ini yang tersendiri dan memikat.

Luruh/Sejuk 2016/2017

"You can do anything you decide to do. You can act to change and control your life."

Amelia Earhart


Semangat dan keberanian telah menjadikan Amelia Earhart seorang ikon. Beliau merupakan juruterbang wanita yang pertama untuk melengkapkan penerbangan solo merentasi Lautan Atlantik. Kini, kekuatan beliau diterapkan ke dalam koleksi Musim Luruh|Sejuk 2016|2017 oleh Marina Hoermanseder. Sifat maskulin lembut dicurahkan ke dalam jaket penerbangan, seluar berlisu depan dan kot berselungkup bersama keyakinan semangat perintis yang tidak menghalang kemewahan pragmatik.

Pereka fesyen ini membawa kita mengembara ke alam wanita berdikari, menyerlahkan sentuhan menawan dan feminin. Gaya signature beliau menonjol dalam hiasan cetakan 3D terbaru serta kancing dan cangkuk berkilat, dengan sengaja ditempatkan mengikut fungsi. Perincian teliti ini menghasilkan kontras dan memperhalusi penggunaan kulit yang bertenaga, diilhamkan oleh teknologi ortopedik. Di sini, wanita tidak gentar untuk bekerja keras, berjuang dan hidup untuk mencapai matlamat mereka, menakluki sempadan diri dan luar, dan meraikan kewanitaan yang sering diperkecilkan.

Bunga/Panas 2016


Dalam mencari pengeluar kraftangan tradisional, pereka fesyen ini menemui inspirasi Koleksi Bunga/Panas 2016 beliau dalam kostum dan pakaian tradisional hiasan mewah dari Empayar dan pemerintahan beraja Austria-Hungary. Sekali lagi, elemen siluet wanita dan ortopedik dari abad ke-17 dibangkitkan semula untuk menyemarakkan inspirasi utama dan penubuhan label ini.

Di sebalik pertalian darah Austria pereka ini, koleksi MARINA HOERMANSEDER turut mencerminkan kecenderungan beliau untuk menggunakan bunga-bunga musim panas.

Hasilnya adalah rekaan bersifat keperempuanan dan lembut, diserlahkan oleh kulit berarca, tali galas kulit, dan tumpuan kancing tali pinggang. Di sini, kain nipis gossamer, sifat rapuh kain renda bertindak sebagai kerangka untuk lubang jahitan tampal kulit buatan tangan ala sulaman di atas korset, sementara taman negara memberi ilham kepada bunga-bunga kulit cantik yang ditampal pada skirt keras dan hiasan kepala tradisional.

Pakaian asas pintar – bayangkan blaus ringan dengan lengan kembang serta kelim garisan puteri, seluar longgar dijahit smocking menggunakan tangan dalam krep premium atau blouson teguh yang diperbuat daripada renda – melengkapi keharmonian koleksi mewah ini.

Digabungkan dengan skema warna sempurna yang terdiri daripada merah jambu cair, biru pekat, putih asli, lavender malap, dan warna pastel hijau rumput, Marina Hoermanseder berupaya untuk membangkitkan gaya bersahaja yang lembut dan feminin – satu gaya yang ditakrifkan oleh kemahiran kraf luar biasa dan adat resam yang kuat.