Gaya Solekan Musim Luruh & Sejuk 2017/18 Marina Hoermanseder oleh CATRICE

On Pada hari Khamis, 19 Januari 2017, pereka fesyen Marina Hoermanseder mempersembahkan Koleksi Luruh & Sejuk 2017/18 beliau sempena Minggu Fesyen Berlin (BERLINER MODE SALON) di perkarangan Kaiserliche Telegraphenamt (Pejabat Telegraf Imperial). Buat kali keempat berturut-turut, jenama kosmetik CATRICE menjadi rakan kongsi solekan dan penaja rasmi Minggu Fesyen Berlin – oleh itu, semua model menerima penggayaan solekan profesional menggunakan produk CATRICE untuk peragaan oleh Marina Hoermanseder.

Dalam gaya solekan ini, tumpuannya terletak pada bibir. Bibir atas dan bawah diberikan gaya khas yang mengagumkan hasil daripada trend kecantikan inovatif, Bibir Ombré Gelap.

Berikut langkah-langkah untuk mencipta solekan peragaan ini:

Langkah 1

Untuk menghasilkan kulit yang cerah, lembut, serta pada masa yang sama matt, kulit di-prime-kan dan diberikan warna yang lebih cerah daripada biasa menggunakan bantuan HD Liquid Coverage Foundation, Camouflage Cream, dan Prime and Fine Mattifying Powder Waterproof 010 Translucent.

Langkah 2

Bulu kening hanya diberuskan mengikut bentuk.

Langkah 3

Untuk gaya intensif, bulu mata diwarnakan dengan lembut menggunakan Liquid Gel Cushion Eye Liner 010 The Black Sheep. Jika mahu, beberapa bulu mata palsu individu juga boleh dipakai untuk menambah kelebatan. Bulu mata dibiarkan natural tanpa sebarang maskara.

Langkah 4

Tumpuan gaya solekan ini jelas terletak pada bibir – Bibir Ombré Gelap:

1) Pertama sekali, bibir atas dan bawah digariskan menggunakan Kohl Kajal 010 Ultra Black matt.

2) Seterusnya, bibir atas dan bawah diwarnakan menggunakan Cream Lip Artist 070 The Dark Orchid Rises yang berkilat. Semasa melakukannya, bibir hanya dilunturkan sedikit, supaya garisan bibir tadi masih kelihatan tanpa nampak terlalu ganas.

3) Akhir sekali, Shine Appeal Fluid Lipstick Intense 010 Welcome To The CabaRED berwarna merah terang berkilat dipakai di tengah-tengah bibir untuk mencipta gaya ombré.

Langkah 5

Kuku diberikan kemasan lutsinar berkilat menggunakan Ultimate Nail Lacquer 104 Klarlack (pengilat jernih).

Gaya Solekan Musim Bunga & Panas 2017 Marina Hoermanseder oleh CATRICE

Di perkarangan Kronprinzenpalais, Marina Hoermanseder mempersembahkan Koleksi Bunga & Panas 2017 sebagai sebahagian daripada Minggu Fesyen Berlin (Berlin Mode Salon).

Dengan kerjasama CATRICE, Loni Baur sebagai Ketua Jurusolek menghasilkan gaya kecantikan yang mempunyai solekan natural dan sederhana sebagai base, tetapi dilengkapi oleh penggaris mata berwarna oren.

Berikut langkah-langkah untuk mencipta solekan peragaan ini:

Langkah 1

Bersihkan kulit dengan baik dan cipta wajah nude sempurna menggunakan Nude Illusion Make Up. Seterusnya, bedakkan muka dengan Nude Illusion Loose Powder untuk kesan matt yang tahan lama.

Langkah 2

Sikat bulu kening dan tetapkan bentuknya menggunakan Lash Brow Designer Shaping and Conditioning Mascara Gel 010.

Langkah 3

Penggaris mata oren geometrik menambah tarikan gaya ini: lukiskan garisan mata menjadi alur yang tebal dan ketara – semakin tebal ke arah sudut luar mata.

Warna penggaris mata ini diselarikan dengan warna koleksi dan direka khas untuk peragaan ini.

Langkah 4

Serlahkan pipi dengan lembut menggunakan rona kayu ros gangsa. Untuk melakukannya, campurkan warna pemerah pipi bedak yang berikut: Defining Blush 080 Sunrose Avenue, Defining Blush 020 Rose Royce, dan Illuminating Blush 040 La Vie En Rose.

Langkah 5

Gunakan hujung penyerlah yang lebih cerah daripada Contouring & Highlighting Duo Pencil 030 conTour De France untuk membentuk penyerlahan:

• Lukiskan ekor kecil di sudut luar kelopak mata – di bawah ekor kening yang menghadap tulang pipi
• Serlahkan bahagian atas lengkung betul-betul di atas kening
• Serlahkan muncung bibir

Langkah 6

Bibir hanya diwarnakan dengan lembut melalui gabungan Ultimate Colour Lip Colour 380 Nude-Tastic dan Supreme Fusion Lipcolour + Care 010 ReNUDE your lips untuk memberikannya kilauan cantik dalam nude rosé.

Langkah 7

Kilatkan kuku dalam nude moden menggunakan Ultimate Nail Lacquer 51 I'm so aNude.

Gaya Solekan Musim Luruh & Sejuk 2016/17 Marina Hoermanseder oleh CATRICE

Marina Hoermanseder mempersembahkan Koleksi Musim Luruh & Sejuk 2016/2017 beliau di lokasi berprestij Kronprinzenpalais sempena Minggu Fesyen Berlin.

Dengan kerjasama CATRICE, Loni Baur sebagai Ketua Jurusolek mencipta gaya kecantikan feminin yang lembut. “Diinspirasikan oleh koleksi, gaya ini menyerlahkan pasangan bibir semula jadi dengan lapisan penggaris mata yang berkontras,” nyata Loni Baur.

Ikuti langkah-langkah kecantikan di bawah:

Langkah 1

Pertama sekali, cuci muka dengan bersih dan cipta gaya “kulit sempurna” dengan bantuan Allround Concealer. Penyamar noda ini akan melesapkan ketaksekataan, kemerahan, dan lingkaran gelap untuk kulit yang segar dan bersih.

Langkah 2

Seterusnya, pakai Prime and Fine Mattifying Powder Waterproof 010 Translucent dengan sekata untuk menjamin kulit matt yang tahan lama.

Langkah 3

Sikat bulu kening mengikut arah bulu tumbuh untuk gaya moden androgini.

Langkah 4

Pakai Absolute Eye Colour 880 On The Cover Of PastELLE pada tulang pipi dan di bawah mata sebagai penyerlah.

Langkah 5

Untuk wajah segar menawan, serlahkan pipi menggunakan gabungan Blush Artist Shading Palette 030 Rock´n´Rose dan Defining Blush 020 Rose Royce.

Langkah 6

Pakai Absolute Eye Colour 660 Ice White Open pada mata sebagai asas.

Langkah 7

Untuk mendapat kesan kontras 3D yang berlapis, lukiskan garisan tebal dan jelas di sepanjang garis bulu mata atas menggunakan Kohl Kajal 070 take the greyhound. Seterusnya, tambahkan kedalaman dengan satu lagi garisan halus di atas garisan pertama menggunakan Eye Liner Pen 010 Black.

Langkah 8

Tetapkan penyerlahan pada sudut luar mata dengan Kohl Kajal 040 White dan ratakan dengan lembut.

Langkah 9

Bentukkan bulu mata menggunakan Lash Curler.

Langkah 10

Segarkan warna semula jadi bibir dengan gabungan dua gincu – Luminous Lips Lipstick 090 Lovable Me dan Luminous Lips Lipstick 060 Dresscode: Nude. Ini akan menjadikan bibir tampak lebih tebal dan bersinar.

Langkah 11

Bergantung pada tona kulit, berikan kuku gaya natural menggunakan Ultimate Nail Lacquer 61 Greige!The New Beige dalam warna kelabu ataupun dengan CC Care & Conceal 06 Perfecting Pale Almond dalam warna nude.

Gaya Solekan Musim Bunga & Panas 2016 Marina Hoermanseder oleh CATRICE

Marina Hoermanseder mempersembahkan Koleksi Musim Bunga & Panas 2016 di lokasi berprestij Kronprinzenpalais sempena Minggu Fesyen Berlin.

Dengan kerjasama CATRICE, Loni Baur sebagai Ketua Jurusolek telah mencipta gaya moden yang mencerminkan alunan lembut koleksi ini dengan kontur wajah sempurna serta gaya solekan mata sederhana yang digabungkan dengan serlahan bibir feminin.

Ikuti langkah-langkah kecantikan di bawah:

Langkah 1

Pertama sekali, cuci muka dengan bersih dan cipta gaya “kulit sempurna” dengan bantuan Even Skin Tone Beautifying Foundation. Produk ini akan menjadikan kulit matt dan menyamarkan cela-cela kecil untuk kulit yang segar dan bersih.

Langkah 2

Untuk kesan matt yang tahan lebih lama, bedakkan muka dengan Nude Illusion Loose Powder. Butir mikro halus bedak ini akan menyerap lebihan kilauan sementara kesan tumpuan lembut akan menghaluskan kulit.

Langkah 3

Lukis, tebalkan, dan bentuk bulu kening menggunakan Eyebrow Filler Perfecting & Shaping Gel 010. Untuk gaya moden androgini, sikat bulu kening mengikut arah bulu tumbuh.

Langkah 4

Pakai Liquid Metal Eyeshadow 010 Look Me In The Ice dengan sekata pada tulang pipi sebagai penyerlah.

Langkah 5

Pipi dikontur dengan jelas menggunakan pembayang mata matt daripada Barisan Absolute Eye Colour. Campurkan warna-warna 870 On The Taupe Of The Matt Everest dan 350 Starlight Expresso dan pakai menggunakan Blush Brush.

Langkah 6

Untuk gaya natural, gunakan Eye Brow Stylist 040 Don't Let Me Brow'n untuk mengkontur lipatan kelopak mata dan kemudian warnakan dan bayangkan menggunakan Absolute Eye Colour 350 Starlight Expresso yang digunakan dalam langkah 5.

Langkah 7

Gunakan maskara hitam untuk sedikit sentuhan warna tanpa melebatkan bulu mata.

Langkah 8

Bibir diserlahkan dengan gaya lembut berkilat. Sembunyikan warna semula jadi bibir dengan Allround Coverstick dan kemudian pakai Ultimate Colour Lip Colour 370 In A Rosegarden ataupun gabungan Ultimate Lip Colour 380 Nude-Tastic dan Pure Shine Colour Lip Balm 100 Sheer Your Mind! bergantung pada jenis kulit.

Langkah 9

Untuk gaya cantik bersinar dengan kesan gemerlap, serlahkan pipi menggunakan pengilat bibir jernih seperti Infinite Shine Lipgloss 180 Champagne in the Air.

Langkah 10

Untuk gaya nude lembut dan kemas sempurna, kilatkan kuku dengan CC Care & Conceal 06 Perfecting Pale Almond.