Berpangkalan di Berlin, jenama MALAIKARAISS cukup sinonim dengan gandingan gaya fesyen dan aksesori wanita sofistikated, kasual dan diberi sentuhan ceria lagi feminin. Padanan olahan fabrik terkini dan kain kait dengan sentuhan unik. Rangkaian koleksi Malaika juga mengetengahkan rekaan motif ekspresif yang digandingkan dengan rona dan corak berkontra.