KOLEKSI LURUH SEJUK 18 – NO. 15 –

Berkhayal
Tentang berkhayal dan dunia asing

Menyelami imaginasi mendalam, hanyut ke dalam mimpi, bergayut dalam khayalan. Khayal – keadaan minda antara sedar dan tidur dan sewaktu idea melimpah – merupakan inspirasi bagi koleksi luruh sejuk 2018 baru yang diberi tajuk "Berkhayal" oleh MALAIKARAISS.


© Gero Breloer

Diinspirasikan oleh budaya timur Jepun, dalam koleksi ke-15 beliau pereka fesyen Berlin, Malaika Raiss, membawa kita mengembara ke dalam dunia asing. Aura mistik geisha yang nampak rapuh dan lembut namun pada masa yang sama sukar didekati dan kuat, turut ditegaskan dalam kontras rekaan yang mempesonakan. Ropol beralun lembut, lengan kep bulat, dan kolar bertali digabungkan dengan jaket bahu yang berani. Zip pada posisi pintar dan eksperimen lapisan fabrik menjadikan gaya ini versatil dan turut membantu si pemakai untuk bertukar antara manifestasi dan dunia lain.

Tema versatil ini juga disampaikan melalui pilihan warna koleksi yang banyak. Tona-tona bertenaga diasingkan oleh campuran fabrik lembut dan struktur yang saling mempengaruhi. Mencungkil inspirasi daripada skema warna pengukir Arnold Goron, nuansa kuning vanila suam, biru kelasi gelap, merah lembut, dan mélange khaki-coklat membentuk asas koleksi. Kayu ros gelap, sian terang, serta gincu merah pekat menguatkan lagi gaya ini.

Cetakan menggoda pada krep sutera merujuk kepada topeng beruang tradisional Jepun 'kitsune' dan telah pun menjadi penyerlahan unik bagi koleksi luruh/sejuk 2018 ini. Mohair dan bulu bebiri merino memberi baju panas yang dikait tangan gaya yang lembut dan bersantun, sementara satin sutera, kulit kilat, dan kain belacu bercorak marmar menghasilkan kesan kilat yang intensif. Sifat beralun material ini dipecahkan oleh ropol dan tampal hias kecil. Kancing besar menambah lagi kontras yang menarik dan membuktikan ketelitian label ini.

Dan dalam koleksi luruh/sejuk ini, barangan kemas MALAIKARAISS sekali lagi menjadi bukan sekadar perhiasan, malah satu penyerlahan tulen. Anting-anting mewah dan rantai bertatahkan batu yang diperbuat daripada gelung emas yang berliku menjemput si pemakai untuk berkhayal. Anting-anting halus dan rantai dengan perician kristal bergerak sangat mirip dengan kerawang dreamcatcher.

Detik yang bermakna bagi koleksi ke-15 oleh MALAIKARAISS ini adalah kerjasama pertama beliau dengan label sarung kaki tradisional KUNERT. Hasil daripada kerjasama ini adalah pilihan seluar sendat yang menonjol dalam corak dan bebenang sofistikated serta berasaskan spektrum warna daripada koleksi sedia dipakai ini. Koleksi ini boleh didapati dari Julai 2018.

KOLEKSI BUNGA PANAS 18 – NO. 14 –

“Imagine all the people Living life in peace”  
John Lennon 

Kehangatan Cinta – Sewaktu masyarakat diukur berdasarkan kemajuan serta belenggu percanggahan politik, ini juga waktu untuk menanam hasrat. Kita mengimpikan detik-detik aman penuh tenteram, berhasrat untuk menikmati kebebasan dan merasai cinta. Kehendak ini menjadi asas untuk koleksi BP18 yang baru DUNIA MERINTIH BUNGA oleh MALAIKARAISS.


© Gero Breloer

Koleksi ke-14 oleh pereka fesyen Berlin ini sengaja dicipta dalam tona lembut. Ia diketengahkan dalam siluet filigri beralun gaya zaman 90-an, menonjolkan bentuk badan kewanitaan secara halus dengan potongan sofistikated. Skirt beralun meraikan nikmat kehidupan sementara belahan pada skirt menyinggung kewanitaan yang tersembunyi.

Sorotan istimewa adalah cetakan bunga, dibangunkan dengan kerjasama eksklusif artis Denmark, Signe Kejlbo. Daripada rekaan beliau "DUNIA MERINTIH BUNGA", corak menyeluruh yang kompleks berjaya dicipta, menjadi motif utama bagi seluruh koleksi ini. Selain itu, corak hiasan Taj Mahal dihasilkan semula sebagai corak jacquard dalam gaya kait dan jersi terpilih – satu alegori cinta sebagai suasana yang menjajah.

Elemen pakaian lelaki yang menonjol seperti sut padat, kemeja lelaki, dan kolar keras menyerlahkan suasana mesra ini secara bersahaja sambil memancarkan kewibawaan dan keyakinan diri.

Gabungan material premium daripada bulu biri-biri merino nipis serta kait rib mohair dalam gabungan fabrik linen metalik gosamer menekankan suasana kesejahteraan dan kesantunan. Tampalan sulaman manik, tampal hias, dan butang loyang hiasan menguatkan lagi sifat ketelitian label ini.

Palet warna koleksi ini sepadan dengan mood dasar: rona-rona putih vanila lembut serta hijau teal gelap menyalurkan ketenangan dan kedamaian, sementara serlahan warna merah strawberi terang dan merah jambu marshmallow menyuntik semangat yang tinggi ke dalam gabungan ini.

Barisan barangan kemas yang menemani serasi dengan koleksi bunga/panas 2018 ini dan menampilkan bentuk-bentuk flora dalam potongan artistik emas putih dan kuning. Ini dilengkapkan dengan motif tipikal MALAIKARAISS seperti buah nenas dan zirafah yang besar. Kristal Swarovski dan mutiara air tawar menambah kehalusan yang sewajarnya.

KOLEKSI LURUH SEJUK 17 – NO. 13 –

Tak.kon.for.mis.me: kata nama – sikap atau pendekatan yang menyimpang daripada norma dan kelaziman sosial

Masanya sekarang – wanita semakin membebaskan diri daripada korset masyarakat dan kekangan fesyen, menggugurkan kongkongan label zaman kini. Sebaliknya, mereka menghayati kewanitaan mereka, sambil tidak teragak-agak dalam beremosi, meraikan naluri mereka, berani dikritis tanpa mengalirkan air mata. Inilah kepercayaan yang dipegang oleh pereka Malaika Raiss dalam proses kreatif untuk koleksi FW17 barunya.


© Gero Breloer

MALAIKARAISS secara sengaja menghasilkan konsep kesatuan, keharmonian, dan kesucian, mengambil nombor 13 sebagai titik loncatan untuk mencipta rekaan deconstructed, feminin dan berkeyakinan diri. Sewajarnya, pereka ini membawa satu titik perubahan bagi wanita yang menolak kesempurnaan dan lebih gemar melihat fesyen sebagai statement seakan-akan perisai perlindungan.

Elemen pakaian lelaki klasik menyerlahkan siluet ringan dan beralun. Pengaruh pemakaian bersahaja serta sedikit bayangan sikap kelelakian melambangkan koleksi berani ini. Pereka Malaika Raiss menunjukkan keperibadiannya yang sebenar sekali lagi dengan gabungan cetakan mikroflora, garis halus serta gambaran keseluruhan tulen dalam mood tenang sayu.

Kaitan tebal, rona monokrom pada fabrik kemeja lelaki dan tekstil outdoor menghasilkan kontras kepada dres filigri tipikal oleh MALAIKARAISS, yang menampilkan pelipat istimewa, ropol, dan kembang XL.

Pemilihan fabrik terbaik yang berkualiti tinggi seperti crêpe de chine dengan cetakan popi merah menyala, fabrik merino dalam merah jambu elektrik, serta kulit nappa berliang memberikan perasaan "gaya bersahaja" dan menyerlahkan ketelitian serta gaya tak konformis daripada MALAIKARAISS.

Koleksi barang kemas yang mengiringi berharmoni dengan koleksi luruh/sejuk ini 2017 dengan sempurna, menambah sentuhan akhir yang tepat dengan subang besar nakal dan anting-anting berbentuk kipas, bertatahkan elemen Swarovski.

KOLEKSI BUNGA PANAS 2017

“Pantai”

Percutian Tersembunyi – pantai-pantai lengang Caribbean dan penginapan mewah bagi bohemia muzik di Mustique, Aruba atau St. Barts memberikan ilham untuk koleksi "Pantai" oleh pereka Malaika Raiss. Ia senakal dan sofistikated seperti anak gadis lagenda rock. Bentuk-bentuk yang dipengaruhi oleh alam semula jadi dan bentuk cangkerang abstrak menampakkan siluet yang sebaliknya geometrik.


© Gero Breloer

Tekstur poros dan bunga samar-samar lut cahaya bertemu belang dan sulaman bintik polka untuk mencipta wajah keseluruhan yang bersifat eklektik. Skema warna bagi koleksi ini kekal suci dan berkurangan secara konsisten, namun pengaruh halus pelbagai permukaan seni bina Caribbean boleh dilihat: putih kuning dan blush-rosé signature bergabung dengan merah popi, biru air, dan khaki.

Interaksi volum transparen dan legap menghasilkan kesan kekompleksan berbilang dimensi.

Ropol yang jatuh lembut dan sisipan Godet untuk dres dan skirt; jaket besar dan parka untuk membawakan kontras jelas dan menyampaikan rasa "kelembutan mewah" hasil daripada pemilihan fabrik premium dan penggunaan jahitan yang terperinci. Sutera lipatan berstruktur, viscose-crepe ringan, linen bouclé tebal dan Alcantara serta modal knit lembut dengan penggunaan nakal menekankan kepelbagaian dan wajah kontemporari koleksi ini.

Barisan barang kemas yang mengiringi mendapat ilhamnya daripada Galaksi Andromeda, sihir voodoo, serta mitos Caribbean. Rantai leher choker, kalung labuh, dan gelang besar diperindahkan dengan kemasan metalik-rosé yang unik.

Label ini amat bersyukur kerana mendapat tajaan daripada jabatan Perniagaan, Teknologi dan Penyelidikan Pentadbiran Senat semasa Minggu Fesyen Berlin (Berliner Mode Salon).