Gaya Solekan Musim Luruh & Sejuk 2017/18 MALAIKARAISS oleh CATRICE

Pada hari Khamis, 19 Januari 2017, pereka fesyen MALAIKARAISS mempersembahkan Koleksi Luruh & Sejuk 2017/18 sebagai sebahagian daripada Minggu Fesyen Berlin (Berliner Mode Salon) di Humboldt-Forum yang merupakan bekas Berlin Castle. Buat kali keempat berturut-turut, jenama kosmetik CATRICE menjadi rakan kongsi dan penaja solekan rasmi bagi Minggu Fesyen Berlin – setiap model menerima gaya solekan profesional menggunakan produk CATRICE dalam peragaan MALAIKARAISS.

Dalam gaya solekan ini, tumpuannya adalah pada pipi. Teknik yang dipanggil "Blush Flush" ini hanya menggunakan pemerah pipi untuk mengkontur, yang mana memberikan wajah segar serta sentuhan moden.

Ikuti langkah-langkah kecantikan di bawah:

Langkah 1

Untuk menghasilkan kulit matt, langkah pertama adalah untuk menjadikan kulit tampak licin – contohnya dengan menggunakan HD Liquid Coverage Foundation dan Camouflage Cream. Seterusnya, Prime and Fine Mattifying Powder Waterproof 010 Translucent ataupun sebagai alternatif, Nude Illusion Loose Powder, digunakan untuk mendapatkan kesan matt yang mendalam.

Langkah 2

Untuk selari dengan “Boyish Brows Trend”, kening diberus, dibentuk, dan kemudiannya diwarnakan dengan lebat menggunakan Eye Brow Set dan Eye Brow Stylist.

Langkah 3

Blush Flush merupakan elemen yang menonjolkan gaya kecantikan ini: warna-warna Blush Artist Shading Palette 030 Rock'n'Rose digunakan dengan banyak pada tulang pipi dan secara pepenjuru diseretkan ke atas ke arah sisi muka. Selain itu, pemerah pipi ini turut dipakai dalam bentuk ekor merpati dari kawasan luar mata hingga tepi atas dahi (kira-kira satu pertiga panjang di atas kening), yang mana menghasilkan wajah yang segar dan penuh perasaan.

Langkah 4

Bibir dibiarkan tanpa solekan dengan hanya sedikit sentuhan balsam penjagaan yang tidak begitu berkilau.

Langkah 5

Kuku diberikan kemasan moden, gelap menggunakan Noir Noir Lacquers 02 Noir Rouge.

Gaya Solekan Musim Bunga & Panas 2017 MALAIKARAISS oleh CATRICE

Di perkarangan Kronprinzenpalais, MALAIKARAISS mempersembahkan Koleksi Bunga & Panas 2017 sempena Minggu Fesyen Berlin (Berliner Mode Salon). Dengan kerjasama CATRICE, Loni Baur sebagai Ketua Jurumekap menghasilkan gaya kecantikan natural dengan penyerlahan khas pada mata.

Berikut langkah-langkah untuk mencipta solekan peragaan ini:

Langkah 1

Untuk kulit yang licin sempurna, tampak natural, pakai Nude Illusion Make Up.

Langkah 2

Gunakan Deluxe Glow Highlighter untuk mengkontur muka secara ringan dan menetapkan penyerlahan yang kuat pada tulang pipi.

Langkah 3

Serlahkan pipi dengan lembut menggunakan Powder Matt Blush 020 Coco Coral.

Langkah 4

Lukiskan celah-celah bulu kening dan beruskan bulu mengikut bentuk dengan bantuan Eye Brow Stylist.

Langkah 5

Pakai Prêt-à-Lumière Longlasting Eyeshadow 040 Perlez-vous Français? pada seluruh kelopak mata yang berkelip.

Langkah 6

Gariskan Glam & Doll Super Black Liner 010 Super Black di sepanjang garis bulu mata atas, menebalkan garisan ke arah sudut luar mata dan melengkapkan gaya ini dengan sisi grafik yang berani.

Tambahkan penyerlahan khas dengan melukis garisan kedua sejajar dengan yang pertama, di sepanjang lipatan kelopak sambil menjungkit ke atas (sejajar dengan bentuk mata).

Langkah 7

Pakai selapis maskara pada bulu mata, contohnya menggunakan Glam & Doll Volume Mascara 010 dan berikan bibir anda kemasan terang, berkilat dengan Volumizing Lip Booster 040 Nuts About Mary.

Langkah 8

Cipta tatapan nude yang bergaya pada kuku menggunakan Luxury Nudes 12 Caramel Confession.