Lala Berlin merupakan satu fenomena. Tidak banyak label fesyen lain telah berjaya menyampaikan jiwa ibu negara Jerman kepada seluruh dunia dalam cara yang begitu tulen. Dalang kreatif di sebalik lala Berlin ialah Leyla Piedayesh. Setiap kali beliau berjaya mencerminkan gaya chic bandar besar berunsur anarki yang semakin ditelan zaman dalam cara yang segar menerusi koleksi luar biasa namun tetap anggun feminin. Dari perspektif antarabangsa, label ini sungguh melambangkan metropolis Berlin. Pada 2010, pengkritik fesyen Britain berpengaruh, Suzy Menkes, mengakui: "Saya suka lala Berlin!"

Leyla Piedayesh dilahirkan di Tehran pada 1970. Selepas tamat pengajian pentadbiran perniagaan, beliau terjerumus dalam dunia fesyen secara profesional sebagai editor bagi rancangan televisyen "Designerama" di MTV Berlin. Pada 2003, beliau mula meneroka bakat rekaan sendiri dengan mencipta aksesori kait. Koleksi debut beliau yang terkenal dilancarkan pada 2004 semasa pertunjukan perdagangan fesyen Premium di Berlin. Konsep simbiosis antara cool bandar dan chic anggun berasaskan pakaian kait yang berkualiti tinggi benar-benar mendapat tempat. lala Berlin pun dilahirkan. Disanjungi media, koleksi B/P 2007 merupakan penampilan sebenar Piedayesh yang pertama. Semasa Minggu Fesyen Mercedes Benz, lala Berlin tampil buat kali pertama sebagai sebuah label berbilang aspek yang menonjol menerusi penggunaan segar bebenang semula jadi dan gabungan material inovatif. Ini membawa kepada pencalonan untuk New Faces Award. Sejak itu, lala Berlin bukan sahaja berpegang pada pakaian kait, tetapi lebih kepada pendirian yang melambangkan gaya bandar besar, bohemia, serta avant-garde Berlin dan menyampaikannya kepada seluruh dunia. Status cult lala Berlin yang tidak boleh dinafikan boleh dikaitkan dengan keinginan kuat label ini untuk bereksperimen dengan aksesori kreatif, corak berani, dan cetakan menonjol.

Fesyen lala Berlin tersendiri dengan kewanitaan yang cool, sementara praktikal untuk digayakan, menjadi sebab ia mendapat permintaan ramai – oleh individualis serta personaliti antarabangsa dari dunia muzik, fesyen, dan filem.

Para peminat lala Berlin termasuklah Cameron Diaz, Heidi Klum, Clémence Poésy, Jessica Alba, Heike Makatsch, Hannah Herzsprung, Nina Hoss, dan model-model terkenal Caroline Brasch-Nielsen, Nadja Bender, Saskia de Brauw, Claudia Schiffer, dan Caroline de Maigret. Dari sudut perniagaan, dalam masa sepuluh tahun, projek solo Leyla Piedayesh telah berkembang menjadi sebuah syarikat dengan 30 kakitangan yang mampu meningkatkan jumlah pesanan sebanyak 25 peratus pada setiap musim. Rekaan lala Berlin dijual di 150 gedung fesyen premium terkemuka di seluruh dunia: termasuk KaDeWe di Berlin, Petra Teufel dan Anita Hass di Hamburg, Apropos di Cologne, Jades di Düsseldorf, Off & Co dan Stylebop di Munich, Abseits di Stuttgart, Karin Winther di Charlottelund, Fidelio di Zurich, Utzon dan FF2 di Aarhus, Strom Store di Hellerup, Eenes di Antwerp, You are here di Eindhoven, L66 di Beirut, dan Husk di Melbourne. Selain daripada gedung sendiri di Berlin dan Copenhagen, lala Berlin juga boleh didapati di gedung dalam talian mereka di www.lalaberlin.com. Pada tahun 2014, lala Berlin membuka gedung besar utama dengan portfolio produk yang lebih meluas di daerah Berlin Mitte.