Lala Berlin x KÖNIG SOUVENIR

persembahan peragaan bergabung

Renungan di sebalik cermin. Dunia separa sedar kita dalam ruangan selari dan berubah-ubah di mana kita bergerak hari demi hari. Dunia ini timbul dalam lukisan cat minyak berskala besar oleh artis Jerman, Corinne Wasmuht. Dicipta berdasarkan fotografi yang diambil oleh artis ini dan dikolaj menjadi karya yang lebih hebat.

© Gero Breloer

Dipersembahkan oleh KÖNIG GALERIE dan dengan bergabung bersama Lala Berlin, kolaborasi ini menganjak Karya Corinne Wasmuht ke atas medium baru, mencipta produk edisi terhad antara musim yang akan diperagakan semasa acara ini.

Cium Daku Malam Ini

Musim Bunga 2018

Koleksi Musim Bunga 18 baru Lala Berlin amat mendalami konsep keghairahan dan kewanitaan. Lampu-lampu jalan bandar terang menyala, laluan pejalan kaki bak emas menerangi kegelapan. Lampu neon berkilau menyusuri pencakar langit dan lantai dansa hitam berkilat menjangkau pekat malam.


© Gero Breloer

Dia lencun dalam rona hitam pekat dan metalik. Merah jambu peoni berkilat pada bibirnya dan kuku berlakuer bersinar di tengah suasana hitam diterangi cahaya bulan.

Bibir diketap sambil dia berpusing di tengah-tengah ribuan gemerlap cahaya, menyelubungi keghairahan yang membuak seperti cumbuan pada tengah malam.

Ciuman' pengasas syarikat ini, Leyla Piedayesh, merupakan titik permulaan bagi koleksi ini, bersama-sama dengan penerokaan gaya beliau yang telah memberi inspirasi kepada jenama ini sejak 10 tahun lepas; ia menjadi pakaian pilihan dan menyeronokkan bagi Gadis Lala untuk melangkah ke pesta hari esok.

Cetakan fabrik menjadi tumpuan utama. Ciuman dicetakkan di atas seluruh fabrik fil coupé metalik beralun, georget sutera dan krep Cina dalam siluet feminin serta dres pesta bermusim. Baju panas kait campuran menampilkan intarsia kucupan manakala merah jambu peoni diselitkan secara bersahaja dalam gabungan kemeja kapas dan seluar kargo.

Kufiyah ditaksirkan semula menerusi coretan tangan comel dan kucupan kecil molek, disuntik dengan sempurna ke dalam t-shirt maxi dan siluet segar mengikut musim.

Menyelami koleksi ini - elemen mengejutkan daripada permukaan keemasan metalik mewah ditampilkan dalam pakaian sukan potongan astronautik, mengilhamkan parka dan seluar tempur dalam kulit palsu yang lembut; sementara pakaian kait menampilkan jaket rumbai lurex seperti bulu dan kombinasi jumper.

Pakaian asas jersi klasik diberikan wajah baru dengan logo bermusim 'Lala Berlin'. T-shirt, baju panas, dan seluar trek sukan, bersama-sama jaket hood besar yang diminati ramai.

Identiti jenama telah diterokai menerusi edisi semula sut DNA, jaket dan kait kufiyah klasik; jahitan metalik gelap bergabung dengan cantik bersama poplin putih yang disulam tepi pada kemeja besar dan baju panas kashmir kait intarsia yang mewah. Kait jacquard kufiyah metalik membuat kemunculan semula dalam bentuk dres bersahaja dan gaya klasik dengan sedikit olahan.

Gadis Lala sudah berdandan dan bersedia untuk berpesta.

RATU PARSI KE BERLIN

Luruh/Sejuk 2016/2017


KELEMBUTAN BINAAN MUDAH

BUNGA/PANAS 2016

Pereka fesyen Leyla Piedayesh sentiasa menemui ilham daripada asal-usul ketimuran beliau. Malah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah dijadikan sebagai trademark. Namun pada musim ini, buat kali pertama dalam sejarah lala Berlin, beliau memutuskan untuk turut menerapkan minat terhadap seni bina ke dalam koleksi baru Bunga/Panas 2016 label ini. Muka rumah, pantulan cahaya pada tingkap serta Bohemian bandar dicampurkan dengan pengaruh etnik boleh ditemui dalam cetakan, material, serta siluet inovatif koleksi ini.


Himpunan cetakan ini tertumpu pada gabungan grafik, yang dipanggil hujan bunga dan putting beliung, di atas tafsiran semula cetakan Kufiya dalam pergerakan terapung serta atas cetakan maxi berbunga.

Kualiti koleksi tahun ini terdiri daripada fabrik dan material yang berkualiti tinggi dan tersendiri hasil campuran menarik kualiti yang berlainan menjadi salah satu kekuatan lala Berlin. Sutera, Kapas berliang, Kapas-Sutera, Krep-Satin, Jacquard, benang Lurex dan paduan pelbagai permukaan boleh ditemui dalam seluruh koleksi Bunga/Panas 2016 ini, lalu menjamin gaya chic dan kesahajaan sofistikated.

Skema warna bagi koleksi ini terdiri daripada hitam dan putih biasa kepada pastel kotor seperti pasir kepada warna terang seperti Biru Azur, Kunyit dan Lotus.

Beberapa pakaian klasik fesyen telah ditafsir semula oleh lala Berlin: Musim ini, baju overall mendapat pembaharuan yang menggoda. Selain itu, koleksi ini meletakkan tumpuannya pada kulot, corak jalur, serta pakaian kait etnik.

Bentuk oversize dan material berkontras tinggi boleh dikatakan menjadi sorotan bagi koleksi Bunga/Panas 2016 lala Berlin. Dunia harmoni warna yang menampilkan getaran musim panas hanya boleh diterangkan dalam satu perkataan: mengkhayalkan! Lipat lisu, lapisan jarang dan potongan grafik benar-benar memukau. Elemen jahitan klasik bertemu campuran perincian yang teliti dan bohemian urban bertembung chic bandar: Leyla Piedayesh bersama pasukan beliau telah berjaya membuktikan bahawa sifat bertentangan sememangnya menarik!

Buat kali kelima, jenama kosmetik CATRICE sekali lagi menjadi rakan kongsi solekan rasmi bagi Pertunjukan Fesyen lala Berlin. Semua model menerima solekan profesional yang dikenakan menggunakan produk CATRICE, melengkapkan gaya yang dipamerkan dengan sempurna. Gaya musim panas yang ringan dengan kesan berkilat menyempurnakan koleksi ini: gincu berwarna flamingo serta penekanan musim panas pada bulu mata – gaya musim panas sempurna! Jenama barang kemas terkemuka Stilnest menghiasi koleksi ini dengan gelang istimewa.

Sewaktu makan malam intim di Minggu Fesyen Berlin, lala Berlin mempersembahkan Koleksi Kapsul terbaru pada 19 Januari. "Tengah Malam di Berlin" merupakan koleksi gaun malam yang pertama, diinspirasikan oleh Cinderella oleh Walt Disney, kata pereka fesyen Leyla Piedayesh. "Ia jelmaan klasik daripada gaun Cinderella menjadi dres seperti kaftan, yang melambangkan dunia lala Berlin." Koleksi ini adalah untuk "wanita lucu dan khayal yang masih sukakan kepastian."