Leyla Piedayesh, pereka fesyen di sebalik label tersohor Lala Berlin akan mempersembahkan koleksi beliau bagi Musim Bunga/Panas 2016 di Minggu Fesyen Berlin (Berliner Mode Salon) dan menceritakan makna fesyen buat beliau dan apakah perancangan selepas Minggu Fesyen Berlin dalam satu temu bual:

1. Koleksi baru anda dipanggil "Tengah Malam di Berlin" – apakah gaya solekan malam yang tipikal di Berlin?

Mata smoky sentiasa cantik. Ah, sebenarnya, lebih baik: gincu merah satu perkara hangat di Berlin. Ramai wanita keluar dengan solekan yang agak natural, tapi memakai gincu terang. Bibir merah adalah untuk dicium atau keluar. (ketawa)

2. CATRICE merupakan rakan kongsi solekan rasmi bagi Lala Berlin buat kali keempat berturut-turut sekarang. Mengapakah CATRICE satu gabungan yang begitu sepadan dengan koleksi anda?

Saya yakin CATRICE sesuai dengan semua koleksi kerana ia menawarkan warna-warna cantik dan produk hebat. Saya tak boleh fikir apa-apa yang tidak kena. Dan gaya dalam pertunjukan kami kali ini telah membuktikannya sekali lagi: model-model menerima gaya mega, mereka seperti dari kayangan – nude tetapi dengan penyerlahan yang menakjubkan.

3. Betapa pentingkah interaksi fesyen dan kecantikan bagi anda?

Solekan amat penting untuk pertunjukan peragaan dan lookbook. Walaupun penonton tidak perasan, ia masih penting. Semasa pertunjukan semalam, saya fikir: model-model ini sangat cantik secara natural, tetapi mereka nampak lebih menawan bila mengenakan solekan yang tepat. Saya tak mahu beritahu awak bagaimana rupa seorang model ini sebelum jurusolek memberikan makeover. (ketawa)

4. Produk kecantikan manakah yang anda sering bawa bersama apabila keluar?

Saya sering bawa bedak kilau oleh CATRICE dalam beg saya. Saya gunakannya untuk memberi orang di sekeliling saya sedikit kilauan. Dan saya pakai di sekitar mata untuk menetapkan penyerlahan ringan dan cantik. Saya juga suka bawa pensel penggaris mata berwarna-warni dalam merah jambu atau oren.

5. Ini kali pertama anda mereka bentuk gaun malam. Mengapa sekarang? Adakah ini satu impian menjadi kenyataan atau dorongan secara spontan?

Ini sesuatu yang sudah lama ingin dilakukan kerana kami mendapat banyak permintaan untuk karpet merah dan acara lain. Tetapi gaun-gaun ini selalunya sangat teliti dan leceh kerana kami perlu cipta gaun dari mula. Sehingga hari ini, sekali-sekala saya mereka bentuk gaun malam untuk rakan-rakan seperti Heike Makatsch. Tetapi saya selalu rasa terlepas peluang kerana tiada koleksi lengkap. Kemudian tiba-tiba, peluang itu datang dan kami muncul dengan Disney. Jadi kami berikan Cinderella sentuhan Lala Berlin. Ini bererti satu metamorfosis daripada dres biru cair Cinderella yang biasa dilihat kepada kaftan kami.

6. Berapa lama yang diambil untuk mencipta koleksi ini?

Kami bertungkus-lumus selama lapan minggu. Sebenarnya kami sudah bersiap sedia, tetapi seperti biasa, hari terakhir memang sukar. Waktu inilah apabila semuanya perlu disesuaikan dengan model dan sentiasa agak tertekan. Jadi sekarang kami lebih berpuas hati kerana kesemua sembilan dres kini sedia untuk diperagakan.

7. Apakah yang diberikan perhatian oleh anda berkenaan fabrik?

Semua dres diperbuat daripada sutera! Daripada organza kepada sifon, itu benar-benar penting untuk saya.

8. Adakah anda rasa setiap wanita memerlukan satu dres kisah dongeng dalam almari mereka?

Ya! Dengan cara ini, dia boleh sentiasa bermimpi, dan itu sangat penting. Tapi bagaimana jika tiada putera yang datang? Saya tidak mahu dia kecewa akhirnya (ketawa)!