Gaya Solekan Musim Luruh & Sejuk 2016 lala Berlin oleh CATRICE

Malam semalam, lala Berlin mempersembahkan Koleksi Musim Luruh & Sejuk 2016/2017 yang menakjubkan. Buat kali keenam, jenama kosmetik ini mencipta padanan gaya kecantikan dengan kerjasama lala Berlin.

Ketiga-tiga model dalam filem pendek menerima gaya solekan profesional menggunakan produk CATRICE.

Gaya waktu pagi, tengahari, dan malam dicipta khusus untuk koleksi ini dengan tumpuan pada kesesuaian universal bagi setiap item dalam koleksi, diinspirasikan oleh glamor budaya timur purba dan era 70-an. Segar, anggun, dan feminin – simbiosis sempurna bagi gaya kecantikan dan koleksi baru ini.

Ikuti langkah-langkah kecantikan di bawah:

Langkah 1

Pertama sekali, cuci muka dengan bersih dan cipta gaya “kulit sempurna” dengan bantuan Nude Illusion Make Up. Ketaksekataan dan kemerahan akan diimbangi untuk mendapat kulit yang segar dan bersih.

Langkah 2

Berikan wajah kontur yang sempurna dengan campuran warna krim Allround Contouring Palette.

Langkah 3

Tetapkan penyerlahan lembut pada tulang pipi, batang hidung, dan puncak tertinggi pipi menggunakan High Glow Mineral Highlighting Powder 010.

Langkah 4

Sikat bulu kening mengikut arah tumbuh semula jadi dan tetapkan bentuknya menggunakan Eyebrow Filler 010 MAKE A BOW WOW.

Langkah 5

Mata sengaja dibiarkan natural. Campurkan warna-warna tengah daripada Chocolate Nudes Eyeshadow Palette pada kelopak dan ikut bentuk mata dengan lembut. Seterusnya, cipta gaya segar dan bersih dengan bantuan Eyebrow Filler yang digunakan dalam Langkah 4.

Langkah 6

Untuk gradien warna yang ekspresif, gariskan bibir menggunakan Ultimate Stay Lip Liner 010 Red Cadillac, yang akan turut menjadikan gaya ini tahan lebih lama. Seterusnya, pakai Ultimate Stay 150 di sepanjang tepi bibir dan kemudian ratakan Ultimate Stay 140 ke arah tengah bibir.

Gaya Solekan Musim Bunga & Panas 2016 lala Berlin oleh CATRICE

Lala Berlin mempersembahkan Koleksi Musim Bunga & Panas 2016 di lokasi berprestij Kronprinzenpalais sempena Minggu Fesyen Berlin (Berliner Mode Salon) sewaktu makan malam rahsia. Buat kali kelima, jenama kosmetik CATRICE telah mencipta padanan gaya kecantikan dengan kerjasama Loni Baur sebagai Ketua Jurusolek.

Oleh kerana koleksi ini tertumpu pada kolaj geometri seperti cetakan maxi berbunga serta interpretasi baru cetakan Kufiya, Loni Baur telah mencipta satu gaya yang membenarkan bibir bersinar dalam merah jambu terang. Penyerlahan sempurna yang ditonjolkan pada pipi dan bulu mata melengkapkan gaya ini. Segar, anggun, dan feminin – simbiosis sempurna kepada koleksi.

Ikuti langkah-langkah kecantikan di bawah:

Langkah 1

Pertama sekali, cuci muka dengan bersih dan kemudian pakai Nude Illusion Make Up dengan sekata menggunakan berus. Seterusnya, cipta gaya kulit sempurna dengan bantuan Allround Concealer. Kurangkan lingkaran gelap bawah mata, di sudut dalam mata, lipatan hidung, dan di bawah bibir dengan memakai penyamar noda dan meratakan dengan lembut menggunakan jari.

Langkah 2

Bulu kening dibentuk dengan sempurna menggunakan berus Eye Brow Stylist.

Langkah 4

Untuk kilauan natural, tetapkan penyerlahan lembut pada kelopak mata, tulang pipi, tulang hidung, dan betul-betul di atas bibir atas menggunakan Made To Stay Highlighter Pen 030 Eye Need!. Selepas itu, kuatkan lagi kilat menggunakan Infinite Shine Lip Gloss 180 Champagne Is In The Air!.

Langkah 5

Taburkan sedikit Defining Blush 070 Pinkerbell pada hujung bulu mata anda dengan cermat.

Langkah 6

Untuk hasil pekat pada bibir, pakai Ultimate Stay Lipstick 090 IrrCORALbly Pink merah jambu pada bibir. Pastikan kontur bibir memudar ke arah luar dengan lembut. Seterusnya, gunakan Defining Blush daripada Langkah 5 untuk membedakkan bibir dan mengekalkan warna di tempatnya.

Langkah 7

Warnakan kuku dengan Ultimate Nail Lacquer 84 Next Stop: Satin Tropez untuk menghasilkan kilauan lembut yang sepadan.