LABEL

Mereka merupakan pencipta beg kegilaan ramai dan konsep avant-garde feminin. Label fesyen Berlin KAVIAR GAUCHE ditubuhkan pada tahun 2004 dengan pertunjukan fesyen gerila di hadapan kedai Paris, Colette. Sejak itu mereka telah mengecapi kejayaan di pentas antarabangsa. Anugerah dan pencalonan yang menyusul turut menarik perhatian hebat: pada September 2006, mereka membawa pulang Visionary Award di London, dan pada tahun yang sama, mereka dicalonkan untuk Swiss Texti le Award di Zurich. Memenangi Karstadt New Generation Award semasa minggu fesyen Mercedes-Benz pada tahun 2007 di Berlin menambat perkembangan antarabangsa pasangan pereka ini. Majalah Stern lantas menamakan KAVIAR GAUCHE sebagai “10 pereka fesyen Jerman paling penting”. Selepas koleksi musim bunga/panas mereka dipersembahkan dengan pengiktirafan di Minggu Fesyen London pada 2009, KAVIAR GAUCHE sering memperagakan koleksinya di Minggu Fesyen Mercedes-Benz di Berlin sejak musim luruh/sejuk 09/10. KAVIAR GAUCHE juga mempersembahkan koleksi musim luruh/sejuk 13/14 mereka di Minggu Fesyen Paris, dan pada musim panas 2013, mereka sekali lagi membuat pertunjukan di Berlin.

DUO PEREKA FESYEN

Dengan ijazah dari kolej fesyen Esmod Berlin dalam genggaman, pereka fesyen Alexandra Fischer-Roehler dan Johanna Kühl membawa haluan masing-masing pada mulanya. Koleksi ijazah Alexandra telah dianugerahkan Moët & Chandon Fashion Debut pada tahun 2003, dan selepas mendapat pengalaman awal bersama Vivienne Westwood di London, Johanna kemudian membantu Martine Sitbon di Paris. Pasangan ini akhirnya bersatu pada November 2004 untuk menubuhkan KAVIAR GAUCHE. www.kaviargauche.com

GLAMOR BARU

Menerusi interpretasi gaun malam mereka, KAVIAR GAUCHE sering digayakan di acara karpet merah dan menerima kemasyhuran sebagai label pilihan dalam dunia perfileman Jerman. Pelakon seperti Heike Makatsch dan Marie Bäumer menjadi antara pelanggan setia KAVIAR GAUCHE sejak awal lagi, dan model-model terkenal Nadja Auermann, Eva Padberg, dan Rosie Huntington-Whiteley turut meminati ciptaan moden mereka. Selebriti dalam dunia muzik juga menganggap Kaviar Gauche antara label kegemaran mereka. Contoh paling terbaru adalah Florence Welsh, penyanyi utama kumpulan Florence and the Machine.

FALSAFAH

Falsafah label ini adalah proses, dan elemen berlawanan dan motif merupakan signature pereka ini. Pembangunan bertempat pada teras label – produk berkembang dari satu koleksi ke koleksi lain, tanpa tunduk kepada trend semasa. Simbiosis antara beg dan pakaian menjadi niat utama duo pereka ini: elemen beg bertukar tempat dengan pakaian dan perincian pakaian yang biasa dipindahkan kepada rekaan beg. Semasa memilih nama untuk label mereka, pengasasnya – berpegang pada pendekatan mereka dalam rekaan fesyen – menerima inspirasi daripada gauche caviar: iaitu golongan “sosialis champagne” yang dinamakan oleh masyarakat Perancis, yang gemar berkecimpung dalam idea-idea revolusi.

BUSANA PENGANTIN

Selari dengan rekaan karpet merah mereka, KAVIAR GAUCHE telah memenuhi permintaan besar bagi pakaian pengantin sejak tahun 2009 menerusi label Busana Pengantin mereka. Ia tampil di pentas peragaan buat pertama kali pada tahun 2009 semasa Minggu Fesyen Mercedes-Benz.