© Getty Images

SANS SOUCI // BUSANA PENGANTIN 2017

'SANS SOUCI' ialah nama koleksi Busana Pengantin yang dipersembahkan di Paris oleh Kaviar Gauche. Jika diterjemahkan, tajuk bahasa Perancis ini bermaksud "Tidak peduli". Bagi musim 2017 ini, pereka Alexandra Fischer-Roehler dan Johanna Kühl mencari ilham bukan di istana terkenal sempena nama itu, tetapi lebih kepada dalam emosi bebas yang diilhamkan oleh sentimen ini.


© Julien Hekimian

Detik kegembiraan menjadi inspirasi untuk koleksi baru ini "kerana bagi kami tiada apa yang lebih berharga daripada kewujudan diri dan nikmat hidup," kata kedua-dua pereka ini.

Kaviar Gauche mempamerkan koleksi untuk wanita moden yang menjalani kehidupan dengan keazaman diri, bebas daripada kekangan, sambil mengekalkan jiwa bebas mereka sepanjang masa.

Sentimen-sentimen ini diterapkan ke dalam dres 'SANS SOUCI' dalam penggunaan fabrik regang dan siluet meleret – memastikan pemakaian optimum. 22 gaya berwarna putih gading eksklusif ini memikat sekali lagi dalam penggunaan kontras bersahaja dan kepelbagaian inovatif – selain daripada elemen apungan gemalai, pereka ini mempamerkan gaya tanpa bahu bersahaja dan stail cape kemas, panjang dan beralun atau lebih pendek untuk kontur lebih moden, digabungkan dengan seluar panjang A-line – satu simbiosis kewanitaan klasik dan keanggunan nyaman.

Sulaman filigri bunga daisi 3D menghiasi berjela-jela dres dan cape silk tulle lut cahaya – meskipun kemewahan modennya, ia lebih memperingatkan tentang keseronokan tarian desa di padang rumah yang berbunga.

Motif daisi juga membuat kemunculan semula pada hiasan kepala oleh Cécile Boccara, memberikan aspek dewa-dewi kepada gaya dari kayangan ini.

Seperti dalam koleksi sebelum ini, selain daripada fabrik filigri seperti chiffon, organza, dan silk tulle, renda Perancis turut digabungkan.

Perincian tanpa bahu menambah sentuhan bersahaja moden kepada wajah korsaj ala puteri ini, dengan tali terlucut mengundang detik-detik sensual.

Bunga di kolam teratai, elemen burung merak, batang jagung dan motif hati – renda dan sulaman yang diilhamkan oleh alam semula jadi dan cinta adalah elemen utama bagi koleksi baru ini.

Kemuncak musim ini adalah empat dres busana dengan perincian mewah. Gaun silk tulle kembang, dihiasi dengan sulaman Sans Souci, menyerlahkan pendirian asas koleksi ini.

IRIS PUTIH – BUSANA PENGANTIN 2016

Pereka fesyen Alexandra Fischer-Roehler dan Johanna Kühl sekali lagi menemui inspirasi dalam elemen flora alam semula jadi: iris, sejenis bunga cantik dan memikat yang menggabungkan kualiti mistik dan duniawi serta melambangkan daya kreatif dan cinta sejati. Dinamakan sempena Dewi Greek eponim, jelmaan pelangi, ia mempunyai faset yang tidak terkira. Namun dalam bentuk yang paling asas, mekar putih, ia menjadi tema utama bagi koleksi Busana Pengantin oleh Kaviar Gauche.


Elemen iris ini muncul dalam pelbagai jelmaan yang berlainan dalam kesemua 22 pakaian koleksi yang eksklusif dalam warna ivori. Pakaian utama koleksi ini, contohnya, Dres Iris Putih, memetik bunga ini

menerusi kembang skirt yang mewah, mempamerkan kesucian, keriangan, dan keunikan si pengantin.

Untuk mereplikasi urat bunga yang rapuh, plisse telah digunakan pada beberapa dres, yang khususnya menghasilkan ropol berstruktur yang teliti bagi material ini. Sulaman iris pada kain tulle juga layak mendapat perhatian, menghiasi beberapa pakaian koleksi dengan kemahiran kraf busana yang cermat, membenarkannya untuk menyerlah dalam keanggunan tersendiri. Sifat bersahaja dan keberahian tipikal Kaviar Gauche disampaikan khususnya melalui penggunaan material filigri seperti sifon, organza, dan tulle sutera.

Potongan dan bentuk koleksi ini mengingatkan Belle Époque, pada hujung abad, iaitu suatu zaman perubahan budaya besar, yang mana diselitkan dalam koleksi ini melalui penggunaan kontras: dres menggoda dalam korset zaman Victoria, menggabungkan material mewah golongan pertengahan dengan siluet jernih dalam gaya bohemian. Terutama sekali Dres Iris Suci berleher tinggi dengan korset, menjelmakan pengantin moden dalam gaya neo-Victorian. Buat kali pertama, Kaviar Gauche bebas daripada pakaian berpinggang tinggi dan telah mencipta badan baju buat wanita berdikari dan kuat yang membenarkan kebebasan bergerak.

Koleksi ini beraksesorikan sandal yang dicipta khusus untuk koleksi baru dengan kerjasama Selve. Diilhamkan oleh inspirasi mitos, kasut ini melengkapkan gaya ini dan memukau melalui ketelitian iridesen seperti kristal Swarovski dalam bentuk-bentuk yang diilhamkan oleh flora dan fauna.

Aksesori rambut telah dicipta oleh Jeonga Choi Berlin.

Pada 21 Januari pereka fesyen Alexandra Fischer-Roehler dan Johanna Kühl dari label pakaian siap Jerman KAVIAR GAUCHE mempersembahkan koleksi baru mereka semasa Minggu Fesyen Berlin. Pertunjukan ini bertempat di ruangan artistik Italia Palazzo dan dihadiri oleh 350 jemputan dari dunia fesyen dan seni.