Gaya Solekan Musim Bunga/Panas 2016 Kaviar Gauche oleh CATRICE

Malam semalam, Kaviar Gauche mempersembahkan koleksi musim bunga 2016 mereka di lokasi berprestij Salons France-Amériques sempena Minggu Fesyen Paris. Buat kali kedua berturut-turut, jenama kosmetik CATRICE menjadi rakan kongsi dan penaja solekan rasmi bagi Pertunjukan Fesyen Kaviar Gauche. Setiap model menerima gaya solekan profesional menggunakan produk CATRICE untuk pentas peragaan.

Loni Baur sebagai Ketua Jurusolek telah mencipta gaya seni porselin dengan kilauan lembut dan tumpuan pada bibir yang diserlahkan oleh warna CATRICE. “Mempesona, lemah gemalai, dan memukau – seperti koleksi couture kami Iris Putih, iaitu sebab gaya kecantikan ini melengkapkan gaya kami dengan sempurna,” menurut dua pereka fesyen Kaviar Gauche, Johanna Kühl dan Alexandra Fischer-Roehler.

Ikuti langkah-langkah kecantikan di bawah:

Langkah 1

Pertama sekali, cuci muka dengan bersih dan cipta gaya “kulit sempurna” dengan bantuan Allround Concealer. Penyamar noda ini akan melenyapkan ketaksekataan, kemerahan, dan lingkaran gelap di bawah mata – untuk kulit yang segar dan bersih. Untuk mendapat kulit porselin, pakai primer menggunakan Nude Illusion Make Up.

Langkah 2

Serlahkan kontur muka anda menggunakan Prime and Fine Professional Contouring Palette 010 Ashy Radiance. Bedakkan sedikit zon-t dengan Prime and Fine Mattifying Powder Waterproof untuk kulit matt yang tahan lama. Formula lembut dengan kesan fokus lembut ini akan menghaluskan tekstur kulit.

Langkah 3

Bangkitkan warna segar pada pipi dengan bantuan Defining Blush 025 Pink feat. Coral dan Defining Blush 090 Mandy-rine dengan memakai gabungan dua pemerah pipi ini di luar tulang pipi anda menggunakan Blush Brush.

Langkah 4

Mata disolek secara sederhana dan selamba. Pakai Velvet Matt Eyeshadow 010 Vanillaty Fair pada kelopak mata dan kemudian ratakan ke atas menghala kening. Ratakan pembayang mata ini dengan perlahan ke dalam bulu kening.

Langkah 5

Untuk kilauan keemasan tidak ketara, tetapkan penyerlahan lembut pada tulang pipi dan tulang hidung anda menggunakan Highlighting Powder 020 Champagne Campaign.

Langkah 6

Lukiskan garisan halus Kohl Kajal 040 White di sepanjang garis air sudut dalam mata anda untuk menjadikan mata bersinar dan tampak lebih besar.

Langkah 7

Protagonis utama gaya kecantikan ini adalah gaya bibir dengan kemasan matt dan kontur bibir yang memudar secara berperingkat. Pakai campuran Ultimate Colour Lip 050 Princess Peach dan 350 MATTador dengan tumpuan lebih kuat dalam warna oren. Untuk kemasan kusam khas dengan kontur bibir berbedak, pedapkan (dab) gincu dengan perlahan selepas dipakai.

 

 

Langkah 8

Untuk gaya lengkap yang sepadan, warnakan kuku anda menggunakan CC Care & Conceal 01 Delicate Porcelain Doll dalam warna nude lembut.

Gaya Solekan Musim Luruh/Sejuk 2015/2016 Kaviar Gauche oleh CATRICE

Buat kali pertama, jenama kosmetik CATRICE menjadi rakan kongsi solekan dan penaja rasmi bagi Pertunjukan Fesyen Kaviar Gauche di Minggu Fesyen Mercedes-Benz di Berlin. Dalam pertunjukan pentas peragaan Koleksi Musim Luruh & Sejuk 2015/2016 ini, setiap model menerima gaya solekan profesional menggunakan produk CATRICE.

Bagi peragaan ini, jurusolek Loni Baur telah mencipta solekan kulit lembut dan natural bak pari-pari yang diserlahkan dengan sedikit kilauan. Gaya penggaris mata yang jelas dalam putih jernih menghiasi mata sementara penyerlahan berkilau menghasilkan pantulan cahaya yang cantik. “Bibir dibiarkan sederhana untuk membenarkan mata lebih bersinar di bawah lampu sorot,” kata Loni Baur. “Satu gaya kecantikan sempurna untuk melengkapkan koleksi busana pesta malam anggun,” menurut Johanna Kühl dan Alexandra Fischer-Roehler, pereka Kaviar Gauche.

Ikuti langkah-langkah kecantikan di bawah:

Langkah 1

Pertama sekali, cuci muka dengan bersih dan cipta gaya “kulit tanpa cela” menggunakan Allround Concealer dan Re-Touch Light-Reflecting Concealer. Produk-produk ini boleh diharapkan untuk menutup ketaksekataan, kemerahan dan lingkaran gelap bawah mata anda, menjadikan kulit anda tampak bersih dan segar.

Langkah 2

Gunakan Sun Glow Matt Bronzing Powder 020 Deep Bronze untuk menambah definisi kepada kontur muka.

Langkah 3

Beruskan kening anda mengikut bentuk menggunakan Lash & Brow Designer Shaping and Conditioning Mascara Gel, dan kemudian warnakan sebarang ruang kosong dengan Eye Brow Stylist untuk gaya natural.

Langkah 4

Pakai warna coklat neutral untuk mengkontur (Eye Brow Stylist 040 Don't Let Me Brow'n) lipatan kelopak mata anda.

Langkah 5

Lukiskan garisan nipis Kohl Kajal 040 White di sepanjang garis bulu mata atas anda dari dalam ke sudut luar mata, tetapi jangan sampai terkeluar. Lukiskan garisan lebih nipis di tengah-tengah satu pertiga mata anda.

Langkah 6

Di tengah-tengah satu pertiga biji mata, gunakan gam bulu mata untuk melekatkan butir kilauan kasar. Selain daripada kilauan kasar, tambahkan kilauan lebih halus di tengah-tengah satu pertiga bahagian atas kelopak.

Langkah 7

Lentikkan bulu mata anda dan kemudian gunakan Lash & Brow Designer Shaping and Conditioning Mascara Gel untuk memberikannya bentuk natural.

Langkah 8

Pakai Liquid Metal Eyeshadow 010 Look Me In The Ice dengan rata pada tulang pipi sebagai penyerlah, melentik ke atas ke arah kening anda.

Langkah 9

Manjakan bibir anda dengan pelembap dan kemudian jadikan bibir tampak lebih sederhana sama ada menggunakan Ultimate Colour Lip Colour 010 Be Natural, Ultimate Colour Lip Colour 240 Hey Nude atau penyamar noda bergantung pada jenis kulit anda.

Langkah 10

Salutkan Luxury Lacquers Liquid Metal 01 Champaign Rain untuk melitupi setiap kuku dengan kilauan emas sepenuhnya.