AW18/19 “Overture”

In the AW 18/19 collection “Overture” DAWID TOMASZEWSKI continues the journey with Europe, after this summer’s Japan theme. Inspired by the 1960s in Europe, the designer combines patterns and materials with typical Japanese garden motifs.


© Gero Breloer

Tomaszewski took it a step further and was able to create a connection with the iconic Bauhaus print from previous collections. The Koi motif is complemented by the crane bird in the SS18 collection.
Furthermore, he added other animal prints such as leopard, snake and crocodile; paired with natural berry and clashing colours like pink, orange and azure.

The designer continues to use his elegant silhouettes and high quality fabrics. Plaid velvet, the iconic Bauhaus pattern, light silks, cashmere, soft wools, olive green sequins and a range of brightly coloured Swarovski crystals are all combined in DAWID TOMASZEWSKI’s new collection.

Additional inspirations for the collection were found in the abstract expressionist works from Helen Frankenthaler and in the Puccini opera “Madama Butterfly”.

“Overture” will be presented in collaboration with the Polish shoe label Badura and the high-end outdoor clothing company Nobis.

AROUND THE BLUES

Dalam Koleksi Musim Bunga/Panas 2018 ini, pereka fesyen Dawid Tomaszewski terus setia mencorakkan jati dirinya dan mencungkil inspirasi daripada karya seni, seni bina, dan perjalanannya ke Jepun. Koleksi “Around the Blues” banyak dipengaruhi oleh hasil karya artis seperti Kazuo Shiraga, Azumo Makoto, dan Sam Francis. Dawid Tomaszewski menterjemahkan inspirasi beliau menjadi cetakan warna air berseni, sulaman teliti, dan pakaian berilhamkan Jepun. Kemahiran dan ketelitian boleh dilihat dalam setiap pakaian koleksi ini.


© Gero Breloer

“Around the Blues” menggabungkan corak elegan dengan material eksklusif yang menggambarkan koleksi ini. Pereka fesyen ini menggunakan fabrik termewah secara eksklusif. Cetakan dan sulaman sutera, labuci, serta lush memberi koleksi ini ciri keanggunan abadi dan sifat bersahaja. Warna-warna koleksi ini terdiri daripada rona biru, kuning, rose, dan nude yang jelas saling menonjolkan satu sama lain dan dilengkapi oleh warna-warna terang cetakan signature ikan koi. Dengan “Around the Blues”, pereka ini melangkau ke tapak baru dan tampil dalam kelainan tersendiri.

LURUH/SEJUK 2017/18 - "KOMPOSISI"

Dalam koleksi barunya, Dawid Tomaszewski terus setia mencorakkan jati dirinya dan mencungkil inspirasi daripada karya seni kontemporari dan seni bina. Koleksi "Komposisi" untuk Musim Luruh/Sejuk 2017/18 banyak dipengaruhi oleh hasil karya artis-artis seperti Kazuo Shiraga, Nikolas de Stael, Jorinde Voigt, dan Katharina Grosse.

© Gero Breloer

Seni kemahiran dan ketelitian dicerminkan ke dalam setiap pakaian. Warna-warna gangsa, merah, hijau, biru, dan kuning air saling menyerlahkan satu sama lain dan membentuk cetakan grafik yang berlainan. Penonton boleh menyaksikan Cetakan Bauhaus dalam setiap koleksi Tomaszewski yang menjadi satu lambang bagi nama Tomaszewski. Pada musim ini, semua orang terpegun melihat gabungan istimewa Cetakan Bauhaus dan Haiwan, seperti Leo atau Kulit Ular, yang banyak membawa kelainan kepada koleksi ini. Dalam pemilihan fabrik, Dawid Tomaszewski terus setia dalam cita rasanya: bulu bebiri lembut, kashmir, sutera, dan jacquard yang direka khusus dalam Cetakan Bauhaus. Kot eksklusif yang diperbuat daripada bulu bebiri dan kashmir termewah dipadankan dengan dres elegan yang diperbuat daripada sutera georget. Koleksi ini dilengkapi oleh pakaian kait kreatif dan koleksi skaf karakteristik.

INTERVENSI

Kehalusan gaya minimal mewah dalam koleksi Musim Luruh/Sejuk 2016/2017 Dawid Tomaszewki terserlah menerusi rekaan material sensual dengan letusan rona-rona lantang. Kolaj terbentuk daripada cetakan imej penuh kontra. Keindahan landskap semula jadi musim luruh disulami percanggahan gradien warna Mark Rothko dengan gaya konstruktivisme El Lissitzky serta struktur grafik Pedro Cabrita Reis. Begitulah pengaruh rekaan musim ini.


Letusan rona saffron, jingga dan merah ibarat kilauan dedaun luruh. Rimbunan hijau malap bagaikan menyeru sang rusa di rimba suram. Palitan rona kelabu bak kedinginan langit di musim sejuk, menyingkap irama perubahan musim. Seluar panjang potongan lebar, gaun sheath dan baju kot disuntik intepretasi baharu. Dengan teknik draping dan melangkaui nilai estetik gaya Bauhaus, rekaan diberi nafas baharu menerusi perubahan material seperti gandingan nilon dan Kashmir, jacquard berona emas kuprum, kain sutera halus, fabrik bulu lembut dan kristal Swarovski.

Kepelbagaian aksesori menyerlahkan kebijaksanaan Dawid Tomaszewki dalam mengatur keseimbangan antara gaya mewah dan purisme.

HITAM BOTANI

Bunga/Panas 2016

Koleksi HITAM BOTANI Musim Bunga/Panas 2016 Dawid Tomaszewski adalah paduan aneka kontra. Gaya deconstructivism yang diilhamkan daripada industri fesyen dan siluet lembut semula jadi membentuk letusan rona menarik.


Struktur-struktur geometri dalam karya artis ekspresionis seperti Joris Kuiper diserlahkan dengan ayunan corak ular sawa dan kuntuman magnolia lembut. Rekaan anggun diserikan dengan sulaman mewah dan nuansa nude lembut dikontrakan dengan percikan jingga lantang. Rona buah beri hangat disatukan dengan petrol dingin. Kain organza gebu pula dipadankan dengan Kashmir licin.

Seiring dengan rekaan couture klasik, koleksi ini merupakan gambaran luas tentang teknik seni kraf. Lukisan kuntuman magnolia tersebut adalah sebahagian daripada pelajaran seorang artis Berlin. Karya kait buatan tangannya dihasilkan di Eropah manakala sulaman besinya terbit dari bengkel-bengkel India.

Terbit daripada aspirasi berterusan dan naluri artistik Tomaszewki, koleksi ini ibarat penghargaan buat si Hawa jelita lagi esentrik yang sentiasa bersedia dalam apa jua senario berbeza.