Gaya Solekan Dawid Tomaszewski Musim Bunga & Panas 2018 oleh CATRICE

Pada hari Rabu, 5 Julai 2017, pereka fesyen Dawid Tomaszewski mempersembahkan Koleksi Musim Bunga & Panas 2018 beliau sempena Minggu Fesyen Berlin di loteng persendirian Kronprinzenpalais. Buat kali kelima berturut-turut, jenama kosmetik CATRICE menjadi rakan kongsi solekan dan penaja rasmi bagi Minggu Fesyen Berlin (BERLINER MODE SALON) – oleh itu, setiap model menerima gaya solekan profesional menggunakan produk CATRICE untuk peragaan oleh Dawid Tomaszewski.

Dalam gaya kecantikan ini, tumpuannya terletak pada teknik draping. Draping menjadikan muka berseri dalam warna merah atau merah jambu lembut dan menghasilkan wajah yang segar dan natural. Pemerah pipi dalam tona cerah dan gelap digunakan di sini.

Berikut langkah-langkah untuk mencipta solekan peragaan ini:

Langkah 1

Untuk mencipta kulit sempurna, pakai Allround Concealer 010.

Langkah 2

Bulu kening hanya disikat dan diwarnakan sedikit.

Langkah 3

Mata diberikan gaya pemerah pipi campuran dalam warna merah: Bulu mata luar digariskan menggunakan Longlasting Lip Pencil 130 Prince Cherry dan kemudian diratakan dengan lembut.

Langkah 4

Teknik draping digunakan pada pipi: Di sini, gabungan warna merah jambu daripada Professional Make Up Techniques Face Palette 010 Volume One serta Strobing Blush 020 Mrs. Rosalie Berry dipakai daripada tulang pipi di sepanjang pelipis hingga lengkung kening atas.

Langkah 5

Bibir dibiarkan sederhana dan tampak natural.

Langkah 6

Kuku diberikan kemasan dramatik menggunakan pengilat kuku dalam warna beri ICONails Gel Lacquer 34 The Berry First Time.

Gaya Solekan Dawid Tomaszewski Musim Luruh & Sejuk 2016/17 oleh CATRICE

Koleksi Musim Luruh & Sejuk 2016/17 Dawid Tomaszewski dipersembahkan di sebuah lokasi menarik, Kronprinzenpalais yang merupakan sebahagian daripada pentas peragaan Berliner Mode Salon (Berlin Fashion Salon).

Ketua Jurusolek, Loni Baur telah menghasilkan tiga trend penampilan menerusi kerjasama bersama CATRICE. Kolaborasi ini mencerminkan aturan keseimbangan antara gaya mewah dan purisme.

Gradien pelbagai rona pada bibir melambangkan keharmonian simbiosis aneka musim seperti yang ditonjolkan oleh koleksi baharu ini.

Ikuti langkah-langkah kecantikan di bawah:

Langkah 1

Mula-mula, basuh wajah sebersih-bersihnya. Untuk kesan solekan yang amat natural, oleskan sedikit Nude Illusion Make Up pada kulit. Wajah akan tampak segar, bersih dan sempurna. Seterusnya, singkirkan kesan minyak pada kulit dengan olesan Fine Mattifying Powder Waterproof 010 Translucent.

Langkah 2

Berikan solekan kontur pada wajah dengan Allround Contouring Palette. Naikkan seri dan definisi tulang pipi dengan rona-rona lembut semula jadi daripada Blush Artist Shading Palette 030 Rock´n´Rose.

Langkah 3

Serlahkan kelopak mata, tulang pipi dan garis batang hidung dengan kilauan lembut semula jadi High Glow Mineral Highlighting Powder 010 dan Highlighting Eyeshadow 020 Rosefeller Center.

Langkah 4

Solekan bibir sempurna diutamakan. Pilih rona musim luruh lembut bergradien. Mulakan dengan gincu bertona gelap dan pekat pada bahagian tengah bibir. Kemudian, adunkan agar rona lebih pudar menghala ke bahagian luar bibir. Mula-mula, sapu adunan Longlasting Lip Pencil 040 And The Cherry On The Top, Longlasting Lip Pencil 140 Sweet Auberginia dan Kohl Kajal 140 Chocwave pada bibir sebagai solekan asas. Diikuti dengan adunan Ultimate Colour Lip Colour 340 Berry Bradshaw dan Ultimate Colour Lip Colour 450 Legend'Berry. Tekan adunan rona dengan cermat pada bibir. Pastikan gradien warna adalah sekata tanpa kontur menonjol.

Langkah 5

Sekarang, tekankan Ultimate Colour Lip Colour 430 Hot 'n Spicy pada tengah-tengah bibir.

Langkah 6

Kecapi hasil solekan nude yang kemas dan menawan dengan calitan Luminous Nails 5in1 Care Polish 50 Apri-Côte D'Azur pada kuku.

Gaya Solekan Musim Bunga & Panas 2016 Dawid Tomaszewski oleh CATRICE

Hari ini, Koleksi Musim Bunga & Panas 2016 Dawid Tomaszewski dipersembahkan di sebuah lokasi menarik, Kronprinzenpalais yang merupakan sebahagian daripada peragaan berkumpulan Berliner Mode Salon (Berlin Fashion Salon). Ketua Jurusolek, Loni Baur telah menghasilkan gaya trend soleken tersebut dengan kerjasama bersama CATRICE.

Mata adalah tumpuan utama dalam solekan wajah. Serlahkan godaan mata dengan penggaris mata merah jambu manakala wajah diberi solekan kontur lembut semula jadi. Bibir dioles dengan kilauan lembut.

Ikuti langkah-langkah kecantikan di bawah:

Langkah 1

Mula-mula, basuh wajah sebersih-bersihnya. Seterusnya, gunakan ALL MATT PLUS – Shine Control Make Up untuk mengecapi hasil solekan sempurna tanpa cela. Produk ini pantas menutupi cela dan menyingkirkan kesan berminyak pada kulit. Hasilnya, wajah lebih segar, bersih dan sekata.

Langkah 2

Untuk mendapatkan kesan matt yang kekal lama, oleskan wajah dengan sedikit Prime And Fine Mattifying Powder Waterproof. Formula lembut ini menjanjikan hasil kulit yang lebih licin, sekata dan sempurna.

Langkah 3

Gunakan Sun Glow Matt Bronzing Powder 020 Deep Bronze untuk mengkontur wajah dan menyerlahkan bayangan di bawah tulang pipi.

Langkah 4

Mula-mula, lakar satu garisan tebal pada garis bulu mata bawah dengan Ultimate Stay Lip Liner 030 Boysenberry. Untuk menambah kepekatan rona merah jambu, adunkan gabungan Ultimate Stay Lipstick 090 IrrCORALbly Pink dan Defining Blush 070 Pinkerbell dan oleskan saja di bahagian atas. Guna putik kapas untuk kesan gradien rona yang lebih menonjol di bahagian luar dan buang lebihan warna pada sudut dalam mata.

Langkah 5

Seterusnya, gunakan Defining Blush 070 Pinkerbell daripada Langkah 4 dan warnakan bulu mata dengan cermat. Pastikan kelopak mata sentiasa bersih. Gunakan Lash & Brow Designer - Shaping And Conditioning Mascara Gel untuk mengekalkan kesempurnaan bulu mata.

Langkah 6

Calitkan saja bibir dengan Beautifying Lip Smoother 040 Coffee To Go untuk hasil solekan nude kemas dan sedikit berkilau.

Langkah 7

Sempurnakan solekan wajah dengan calitan pengilat bibir jernih seperti Infinite Shine Lip Gloss 180 Champagne Is In The Air! di kawasan bebola mata. Sapukan juga di bawah garis bulu mata merah jambu dan pipi.

Langkah 8

Untuk kuku yang lebih menarik dengan kesan nude semula jadi, gunakan Luminous Nails 5in1 Care Polish 50 Apri-Côte D'Azur. Sapukan Silk Matt Top Coat untuk efek matt.