Gaya Solekan Brachmann Musim Bunga & Panas 2018 oleh CATRICE

Pada hari Rabu, 5 Julai 2017, pereka fesyen Brachmann mempersembahkan Koleksi Musim Bunga & Panas 2018 beliau sempena Minggu Fesyen Berlin di tingkat atas Kronprinzenpalais. Pada musim ini, label ini telah mereka bentuk koleksi kapsul wanita buat kali pertama.

Model dalam peragaan menerima gaya solekan profesional menggunakan produk CATRICE disebabkan jenama kosmetik CATRICE menjadi rakan kongsi solekan dan penaja rasmi bagi minggu fesyen terkenal ini buat kali kelima berturut-turut.

Dalam gaya kecantikan minimalis ini, tumpuannya terletak pada kelopak mata: mata diserlahkan dengan garisan simetri untuk menekankan keanggunan sederhana bagi koleksi urban ini.

Berikut langkah-langkah untuk mencipta solekan peragaan ini:

Step 1

First, thoroughly cleanse the skin. Next, balance out any small irregularities with a very light foundation or a velvety powder such as the 18h Made To Stay Powder.

Langkah 2

Bulu kening hanya diwarnakan sedikit menggunakan Eye Brow Stylist dan dibentukkan dengan Lash Brow Designer Shaping And Conditioning Gel Mascara.

Langkah 3

Mata diberikan gaya minimal berani untuk mencipta penyerlahan bagi seluruh gaya solekan ini: pada mata kanan, satu garisan pendek yang tebal dilukis pada sudut dalam mata di atas lipatan kelopak selari dengan kening menggunakan Kohl Kajal 040 White. Menggunakan teknik yang sama, garisan berani ini turut dilukis pada mata kiri – tetapi menggunakan warna gelap 070 Take the Greyhound.

Langkah 4

Pipi disegarkan dengan Matt To Cheek Blush Stick 030 Game of Roses, yang mana mempunyai kemerahan natural yang menjamin wajah berseri-seri. Pemerah pipi ini dipakai betul-betul di bawah tengah-tengah mata.

Langkah 5

Gincu berpigmen tinggi Ultimate Colour 240 Hey Nude memastikan bibir dimanjakan dan tampak sederhana.

Langkah 6

Kuku diberikan kemasan nude yang cool menggunakan pengilat kuku ICONails Gel Lacquer 21 Want To Be My Brightsmaid?.