GAYA SOLEKAN BENU BERLIN MUSIM LURUH & SEJUK 2017/18 OLEH CATRICE

Rabu, 18 Januari 2017, label BENU BERLIN mempersembahkan Koleksi Musim Luruh & Musim Sejuk 2017/18 sebagai sebahagian daripada BERLINER MODE SALON (Salon Fesyen Berlin). Untuk kali keempat berturut-turut jenama kosmetik CATRICE menjadi rakan dan penaja solekan Berliner Mode Salon (Salon Fesyen Berlin) – oleh itu, setiap model menerima solekan professional menggunakan produk CATRICE untuk persembahaan berkumpulan.

Titik fokus solekan ini adalah pada solekan mata. Diilhamkan oleh Kitsune – musang merah daripada mitos Jepun – bahagian mata diserlahkan dengan gaya mata Smoky ala sang musang.

Berikut langkah-langkah untuk mencipta solekan peragaan ini:

Langkah 1

Untuk mencipta kulit muka yang ringan, licin namun matt, kulit diberikan kesan matt dengan Prime and Fine Mattifying Powder Waterproof 010 Translucent atau Catrice Nude Illusion Loose Powder.

Langkah 2

Kombinasi setiap tiga rona warna Blush Artist Shading Palette 010 BronzEclat digunakan untuk membentuk pipi secara halus.

Langkah 3

Bahagian hadapan bulu kening diberus ke arah atas dan diserlahkan lagi dengan Eye Brow Stylist. Warnanya dipudarkan sehingga tepian kelihatan lutsinar.

Langkah 4

Mata diberikan fokus untuk gaya ini dan diserlahkan dengan melampau menggunakan rona warna gelap. Pertama, gariskan mata dengan Kohl Kajal 010 Ultra Black, ciptakan garis yang menirus di bahagian sudut dalam dan luar mata. Kemudian warnakan kelopak atas dengan penggaris mata dan Liquid Gel Cushion Eye Liner 010 The Black Sheep yang diakhiri dengan hujung di bucu dalaman kelopak atas dalam bentuk berlian.

Langkah 5

Bulu mata diberikan lapisan Glam & Doll Volume Mascara yang halus.

Langkah 6

Bibir dikekalkan semula jadi tanpa gincu.

Langkah 7